Berita Harian

Roslin setuju Hendrawan kekal

-

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) seharusnya memenuhi permintaan Datuk Lee Chong Wei jika jaguh perseorang­an negara itu mahu Hendrawan kekal membimbing­nya.

Perkara itu disuarakan bekas pemain negara, Roslin Hashim yang menyifatka­n jika pemain nombor satu dunia itu masih memerlukan khidmat Hendrawan terutama bagi membantu persiapann­ya menghadapi Kejohanan Dunia 2017 di Glasgow, Scotland, BAM wajar memperbaha­rui kontrak jurulatih dari Indonesia berkenaan.

“Chong Wei pun sudah serasi dengan corak latihan Hendrawan sehingga mara ke final Olimpik Rio 2016. Kita jangan fikir warna pingat yang diraih kerana Chong Wei sudah melakukan yang terbaik. Layak ke final dengan menewaskan Lin Dan di separuh akhir tetap pencapaian luar biasa.

Pengalaman luas

“Hendrawan sudah banyak membantu dia, bukan saja dari aspek latihan tetapi turut memberikan motivasi. Lagipun Hendrawan ada pengalaman luas termasuk ketika memenangi perak Olimpik Sydney 2000,” kata Roslin.

Kontrak Hendrawan yang mula berkhidmat bersama BAM pada Julai 2009 bakal tamat Disember ini dan masa depannya akan ditentukan pada mesyuarat Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan, 15 September ini.

BH Sukan semalam melaporkan sumber terdekat kepada Hendrawan mendedahka­n jurulatih itu mahu kekal di Malaysia bagi menunaikan janjinya melahirkan juara dunia dan pemenang emas Olimpik selain beberapa faktor lain termasuk keluargany­a yang sudah selesa menetap di sini.

Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria juga memberi sokongan penuh untuk Hendrawan kekal sebagai jurulatih badan induk itu.

 ??  ?? Roslin
Roslin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia