Berita Harian

Sarjit bimbang kerapuhan benteng THT

- - Oleh Faizul Azlan Razak

Kuala Terengganu: Pengendali Pasukan Hoki Terengganu (THT), Sarjit Singh mengakui bimbang dengan kerapuhan benteng pasukannya sekalipun berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Tan Sri P Alagendra selepas menewaskan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 3-2 di Stadium Hoki Batu Burok, kelmarin.

Katanya, barisan pertahanan­nya masih longgar dan mempunyai kelemahan ketara sehingga mudah memberikan dua gol buat KLHC bangkit menyamakan kedudukan.

“Malah dalam aksi sebelum ini, pasukan lawan banyak memerangka­p kami menerusi serangan balas dan ia menjadi masalah utama buat pasukan ketika ini.

“Jadi, pemain perlu bekerja dengan lebih keras selepas ini untuk memperkema­skan semula benteng pasukan dan saya yakin mereka mampu mengatasi masalah ini,” katanya selepas perlawanan itu.

Dalam aksi suku akhir itu, THT mendahului dua gol menerusi gol padang, Kim Jung Hoo pada minit ke-14 dan pukulan penalti Mohd Fitri Saari pada minit ke-20.

Jong Hyun muncul wira

Begitupun skuad kendalian Muhammad Harun Al Rashid Samri berjaya bangkit menerusi gol padang, Hyun Woo Nam pada minit ke-39 dan menyamakan kedudukan tiga minit selepas itu hasil gol padang Muhammad Umar Bhutta.

Pemain import THT, Jang Jong Hyun muncul wira pasukannya apabila berjaya menjaringk­an gol kemenangan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-56.

Mengulas lanjut, bekas pengendali kebangsaan itu berkata, kemenangan berkenaan sedikit melegakan pasukan dalam memburu kejuaraan memandangk­an saingan liga musim ini semakin sengit.

“Sekurang-kurangnya kami dapat meneruskan perjuangan dalam saingan kejohanan ini. Kalau kami kalah pastinya satu trofi sudah hilang apatah lagi saingan liga dilihat kian sukar buat kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia