Berita Harian

Fazli tekad tebus kesilapan di Pasir Gudang

-

Kuala Lumpur: Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor, Ahmad Fazli Sham yang kini menghuni tangga kedua keseluruha­n CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS berharap dapat menebus kesilapann­ya di pusingan lalu dan kembali menaiki podium pada perlumbaan pusingan ketujuh di Pasir Gudang, Johor, Sabtu ini.

Misinya itu adalah bagi meneruskan impiannya untuk meraih gelaran ketiga dalam saingan kelas perdana berkenaan.

“Misi saya adalah mendapatka­n posisi terbaik pada musim ini. Selepas melakukan kesilapan pada pusingan lalu di Kemaman, saya tidak boleh kehilangan mata berharga lagi.

“Saya perlu mengatasi Kasma yang dilihat mempunyai banyak kelebihan memandangk­an perlumbaan minggu ini berlangsun­g di negeri kelahirann­ya,” kata Fazli yang selepas ini mempunyai impian untuk memiliki pasukan sendiri seandainya bersara daripada dunia perlumbaan Cub Prix.

Bakat baharu

Setakat tujuh pusingan musim 2016, pelumba berusia 34 tahun itu kini berada di tangga kedua keseluruha­n dengan 98 mata, 27 mata ketinggala­n di belakang rakan sepasukan, Kasma Daniel Kasmayudin yang mengumpul 125 mata.

Mengulas mengenai impiannya memiliki pasukan sendiri itu, Fazli berkata: “Saya sentiasa memerhatik­an bekas pelumba dengan lebih dekat seperti pengurus pasukan saya, Yong Yin Hoe, Shahrol Yuzy, Ahmad Fuad dan ramai lagi yang rata-ratanya menjadi seorang pengurus dan pemilik pasukan yang berjaya.

“Satu kepuasan yang berbeza jika berjaya melahirkan bakat baharu dalam sukan permotoran selepas sekian lama beraksi di litar.

“Jika sudah sampai masanya untuk bersara, jalan terbaik tentulah dengan menubuhkan pasukan sendiri untuk terus menyumbang dan berada dalam dunia sukan permotoran ini.

“Dengan cara ini, mungkin saya masih berpeluang untuk berada di atas podium tanpa perlu menyarung sut perlumbaan itu sendiri.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia