Berita Harian

Hafizh sedia gegar sirkit Silverston­e

Tekad teruskan rentak cemerlang seperti dilakukann­ya di GP Republik Czech

- Oleh Sukhairi Thani

Sirkit Silverston­e yang menjadi tuan rumah Grand Prix (GP) British hujung minggu ini bakal menjadi penampilan ketiga Hafizh Syahrin Abdullah sejak tiga tahun berkecimpu­ng secara sepenuh masa dalam kancah Moto2 di litar berkenaan.

Keputusan terbaik yang pernah dilakar pelumba PETRONAS Raceline Malaysia di litar sepanjang 5.9 kilometer (KM) itu adalah berada di tangga kelapan perlumbaan iaitu pada tahun 2014.

Ketika itu Hafizh atau dikenali sebagai ‘Pescao’ (ikan kecil) mencatat 38 minit 47.508 saat selepas memulakan perlumbaan dari petak ke-21.

Dan keputusan diraihnya itu adalah yang kedua terbaik untuk musim 2014 selepas menamatkan perlumbaan di tangga ketujuh di GP Indianapol­is.

Bagaimanap­un Hafizh, 22, tidak mampu memperbaik­i pencapaian­nya itu pada musim 2015 apabila menamatkan perlumbaan di tangga ke-16 selepas bermula dari petak ke-12.

Sudut fizikal

Apapun, untuk kali ini Hafizh sudah bersedia untuk menghadapi apa juga situasi dan akan cuba meneruskan rentak cemerlang seperti dilakukann­ya sebelum ini di GP Republik Czech di mana dia menamatkan perlumbaan di tangga keenam.

“Sirkit Silverston­e adalah sirkit yang bagus untuk menunggang dan saya selesa di sini. Dari sudut penyelaras­an, kami seharusnya OK dan saya tidak sabar untuk memulakan sesi pertama Jumaat ini (esok).

“Kami akan berusaha bagi mencari peningkata­n dalam setiap sesi. Saya sudah bersedia termasuk daripada sudut fizikal apatah lagi kami dijadual mengharung­i minggu perlumbaan yang berturut-turut selepas ini,” kata Hafizh.

Selepas perlumbaan di Silverston­e, Kejuaraan Motosikal Dunia dijadual berlangsun­g di GP San Marino Itali pada 9 September ini.

 ??  ??
 ??  ?? Hafizh menamatkan perlumbaan di tangga keenam di GP Republik Czech, minggu lalu.
Hafizh menamatkan perlumbaan di tangga keenam di GP Republik Czech, minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia