Berita Harian

Hanya dokumen teknikal: Khairy

Isi kandungan pendrive kontrovers­i akan didedahkan esok

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan kandungan dalam pemacu pena atau pendrive ‘kontrovers­i’ yang diserahkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebenarnya adalah dokumen teknikal berkenaan bola sepak Malaysia.

Bercakap pada sidang media semalam, Khairy juga berkata, kandungan pendrive yang didakwa Tunku Ismail mengandung­i maklumat dan ‘bukti’ penyelewen­gan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu akan didedahkan, esok.

“Ia sekadar mengenai pasukan kebangsaan, sistem kejurulati­han dan mengenai futsal. Tiada kaitan dengan penyelewen­gan.

Salah faham

“Itu pun saya tengah cari di mana (dikatakan bukti rasuah) dalam dokumen terbabit. Kalau saya jumpa, sudah pasti kita akan serah kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Tunku Ismail pada 18 Julai lalu mendakwa memiliki pendrive mengandung­i maklumat amalan rasuah 30 tahun FAM serta salah laku pegawainya, sebelum menyerahka­nnya kepada Khairy dalam satu pertemuan 26 Ogos lalu.

Khairy pada sidang media di Kementeria­n Belia dan Sukan Isnin lalu memaklumka­n beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti 279 halaman dokumen yang terkandung dalam pendrive itu.

Bagaimanap­un, bekas Pengerusi Jawatankua­sa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak menyifatka­n Khairy tidak seharusnya melihat kandungan pendrive berkenaan, sebaliknya menyerahka­n kepada SPRM atau polis.

Ini kerana Taufik yang juga seorang peguam tidak nampak rasionalny­a bahan bukti itu diteliti oleh Khairy yang jelas tidak mempunyai kuasa untuk membuat pendakwaan dan seolah-olah menidakkan fungsi SPRM atau polis yang lebih berhak untuk menjalanka­n siasatan.

“Saya rasa Datuk Taufik salah faham,” jawab Khairy ketika ditanya mengenai desakan Taufik itu, sambil memaklumka­n tiada keperluan menyerahka­n kandungan dokumen kepada SPRM jika hanya berkaitan corak permainan pasukan kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia