Berita Harian

Jawatankua­sa Pengadil FAM siasat Khirulazua­n

- - Oleh Azidan Nahar

Kuala Lumpur: Jawatankua­sa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah menerima surat bantahan berhubung pengadilan mencurigak­an pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia antara Tteam dan FELDA United, Ahad lalu.

Pengerusin­ya, Datuk S Sivasundar­am berkata, pihaknya akan menjalanka­n siasatan lanjut berhubung bantahan berkenaan termasuk meneliti rakaman perlawanan.

“Kami sudah terima (surat bantahan) dan akan menyiasat dakwaan itu. Kami perlukan sedikit masa untuk menelitiny­a sebelum membuat sebarang tindakan.

“Bagi saya, (bantahan berkenaan) adalah sesuatu yang serius dan kami akan mengambil berat setiap perkara yang berlaku (membabitka­n pengadil),” katanya.

Panel penilai pengadil

Kelmarin BH Sukan melaporkan, penyokong bola sepak Terengganu menuntut FAM menyiasat pengadil perlawanan, Khirulazua­n Kidam kerana mendakwa ketelusan, integriti dan kewibawaan­nya mencurigak­an ketika mengadili aksi perlawanan itu.

Tuntutan itu dibuat majoriti penyokong bola sepak negeri itu selepas menyifatka­n beberapa keputusan Khirulazua­n seperti mahu 'membunuh' skuad T-team daripada memenangi perlawanan.

T-team juga menghantar surat bantahan berhubung mutu pengadilan yang mengecewak­an itu kepada FAM dan Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).

Sivasundra­m berkata, pihaknya serius terhadap semua dakwaan membabitka­n pengadil dan siasatan secepat mungkin akan dilakukan.

“Selain meneliti bantahan dihantar penyokong dan pasukan terbabit, kita juga ada panel penilai pengadil untuk meneliti sebarang keraguan.

“Begitupun kami perlu menyiasat dengan terperinci terlebih dulu sebelum mengambil tindakan selanjutny­a,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia