Berita Harian

Irfan teruja kembali wakili negara

-

Shah Alam: Bekas kapten Harimau Muda A, Irfan Fazail tidak sabar mahu menyarung kembali jersi kebangsaan selepas hampir tiga tahun terpinggir akibat kecederaan.

“Walaupun sebelum ini hanya beraksi untuk skuad Harimau Muda, perasaanny­a tetap sama apabila dapat menyarung jersi kebangsaan,” kata Irfan yang kini bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) II.

“Sudah lama saya tidak beraksi di peringkat antarabang­sa, jadi saya perlu bekerja keras untuk memastikan prestasi saya dapat memenuhi kehendak jurulatih.

“Kebanyakan pemain dalam skuad kali ini adalah bekas rakan sepasukan dalam skuad bawah 23, jadi saya rasa tidak ada masalah untuk mencari semula keserasian.

“Jika diberi peluang untuk beraksi bertemu Indonesia, saya akan gunakan peluang itu sebaik mungkin untuk membuktika­n kemampuan saya dalam skuad senior.”

Pengganti Safiq

Irfan yang menjadi perancang utama pasukan bagi skuad Harimau Muda, pernah berganding­an dengan Baddrol Bakhtiar ketika menjuarai Sukan SEA 2011 di Jakarta.

Baddrol turut berada dalam skuad 23 pemain yang dinamakan Kim Swee untuk perlawanan Kelas A bertemu Indonesia, selain dua lagi perancang - Brendan Gan dan Adam Nor Azlin.

Irfan pernah dianggap sebagai bakal pengganti Safiq Rahim oleh pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, tetapi rehat panjang dilalui Irfan membantutk­an peralihan berkenaan.

“Saya lihat Irfan begitu bersemanga­t apabila dipanggil untuk bersama skuad kebangsaan,” kata Kim Swee. “Saya harap ia dapat diterjemah­kan di atas padang sekiranya dia terpilih untuk aksi bertemu Indonesia nanti.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia