Berita Harian

Kim Swee sedia buktikan

Rombakan besar yang terpaksa dilakukann­ya sebagai titik tolak kebangkita­n

- Oleh Syed Riduan Ahmad

Datuk Ong Kim Swee bertekad mahu membuktika­n rombakan besar yang terpaksa dilakukann­ya sebagai titik tolak kepada kebangkita­n skuad kebangsaan kendaliann­ya.

Perancanga­n awal Kim Swee terbantut apabila empat tonggak utama - Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Amirulhadi Zainal dan S Kunanlan mengumumka­n persaraan secara mengejut Julai lalu.

Namun bekas pengendali Harimau Muda A itu yakin, negara masih belum ketandusan pemain berbakat dan untuk perlawanan persahabat­an menentang Indonesia di Solo Selasa ini, Kim Swee membawa skuad 23 pemain yang dibarisi beberapa muka baharu.

“Sebagai jurulatih, apa saja masalah dan cabaran yang timbul perlu ditangani dengan baik,” kata Kim Swee yang ditemui ketika sesi latihan ringan pemain di sini semalam.

“Perkara yang di luar kawalan saya, saya tidak mahu sentuh. Tetapi apa yang boleh saya kawal ialah pemain yang saya panggil kali ini, dan saya perlu memastikan mereka komited untuk pasukan kebangsaan.

Tempoh singkat

“Walaupun ada 14 muka baharu dalam skuad kali ini, kebanyakan­nya adalah bekas pemain Harimau Muda yang pernah saya bimbing. Pengalaman mereka di peringkat antarabang­sa cukup penting.

“Jadi saya hanya perlu membentuk semula pasukan dari awal dengan skuad baharu ini dan saya harap mereka dapat menemui persefaham­an dalam tempoh singkat.

“Bagaimanap­un satu perlawanan bertemu Indonesia ini tidak cukup untuk saya menguji kesemua pemain yang saya panggil. Jadi pertemuan dengan Singapura dan Afghanista­n akan menjadi medan seterusnya untuk mendapatka­n keserasian.”

Ketika ditanya berkenaan bakal kapten baharu pasukan selepas ketiadaan Safiq, Kim Swee berkata: “Kriteria utama ialah saya perlu memastikan kapten yang dipilih tidak akan bersara dalam masa terdekat.”

 ??  ?? Kim Swee mengawasi anak buahnya menjalani latihan menjelang aksi persahabat­an menentang Indonesia, 6 September ini.
Kim Swee mengawasi anak buahnya menjalani latihan menjelang aksi persahabat­an menentang Indonesia, 6 September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia