Berita Harian

Dominic, Adam kongsi pendapat

-

Kuala Lumpur: Tonggak pertahanan skuad Bawah 22 (B-22) tahun negara, Dominic Tan optimis tempoh tiga bulan yang diperuntuk­kan untuk latihan pusat bagi menghadapi Sukan SEA tahun depan sudah mencukupi untuk mereka mencipta keserasian antara satu sama lain.

Malah, pertahanan tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu yakin betapa jangka masa tiga bulan bersama rakan sepasukann­ya itu sebagai tempoh terbaik untuk membantu pasukan itu menjadi lebih mantap dalam usaha meraih pingat emas pada temasya sukan Asia Tenggara itu.

“Jika dilihat sekarang, meskipun sekadar dipanggil dua atau tiga minggu sekali, kami tetap berjaya menunjukka­n peningkata­n setiap kali dikumpulka­n dan ketika mengharung­i perlawanan yang ditetapkan.

“Jadi, tempoh tiga bulan untuk latihan pusat sebelum menghadapi Sukan SEA itu adalah satu langkah yang terbaik bagi membolehka­n kami kekal fokus pada saingan itu nanti,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan persahabat­an menentang B-22 Bah- rain, kelmarin.

Dalam masa sama, pertahanan muda berusia 19 tahun itu turut berpuas hati dengan cadangan alternatif supaya latihan pusat hanya diadakan bermula Mei sehingga Ogos sekali gus memberi mereka peluang beraksi dengan pasukan masing-masing pada Januari sehingga April.

Lebih matang

Sementara itu, penyerang, Adam Nor Azlin turut bersetuju dengan cadangan alternatif terbabit meskipun pengendali­nya, Frank Bernhardt lebih suka mengumpulk­an pemain untuk jangka masa yang lebih panjang.

“Saya lebih suka dengan sistem panggilan ketika menghadapi perlawanan kerana ini memberikan saya lebih banyak masa dan peluang untuk menimba pengalaman bersama pasukan saya.

“Namun, pada saya, kita tetap memerlukan kem latihan pusat kerana mahukan setiap pemain dapat mencipta keserasian dan dalam masa sama, pengalaman beraksi bersama kelab juga masih diperlukan untuk menjadikan corak permainan kita lebih matang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia