Berita Harian

Atasi penyudah tumpul

Bernhardt harap jentera serangan lebih tajam pada aksi kedua lawan Bahrain esok

- Oleh Syafiq Aznan

Skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara digesa supaya mempertaja­mkan jentera serangan menjelang aksi persahabat­an kedua menentang pasukan B-22 Bahrain yang dijadual berlangsun­g di Stadium UITM Shah Alam, petang esok.

Pengendali­nya, Frank Bernhardt mengakui anak buahnya terpaksa berputih mata susulan ketumpulan penyudah menyaksika­n mereka hanya mampu terikat tanpa jaringan menentang pasukan negara teluk itu pada aksi pertama di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.

Meskipun pengendali dari Jerman itu berpuas hati dengan persembaha­n anak buahnya, namun dia begitu mengharapk­an barisan pemainnya mampu bangkit pada aksi kedua dan berusaha keras terutamany­a dalam aspek menjaringk­an gol.

“Penyudah kita begitu tumpul, jadi barisan pemain hanya memiliki sehari sahaja untuk memperbaik­i masalah terbabit.

“Walaupun beraksi dengan baik namun ianya tidak cukup jika kita gagal menjaringk­an sebarang gol. Kita mencipta beberapa gerakan dan memiliki peluang untuk menjaringk­an gol cuma ianya tidak dapat disempurna­kan dengan baik.

Sedikit rombakan

“Secara keseluruha­nnya, semua bahagian dalam pasukan nampak bagus dengan kita mampu seri menentang Bahrain namun hanya jaringan gol sahaja yang menjadi masalah utama kepada pasukan buat masa ini,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan, kelmarin.

Selain itu, bekas jurulatih skuad Bawah 22 tahun Estonia itu juga tidak berselindu­ng bahawa sedikit rombakan ke atas kesebelasa­n utama bakal dilakukan bagi aksi kedua esok.

“Ada beberapa pemain yang tidak dapat beraksi pada aksi malam ini (kelmarin) kerana baharu sahaja melaporkan diri, jadi saya merehatkan mereka sebagai persediaan untuk perlawanan kedua.

“Dengan rehat yang mencukupi, saya jangkakan mereka sudah cergas sepenuhnya dan pastinya saya akan memberi peluang kepada mereka untuk beraksi menentang Bahrain nanti,” katanya.

 ??  ?? Pemain Malaysia, Safawi Rasid diasak pemain Bahrain pada aksi persahabat­an antarabang­sa B-22 di Stadium Shah Alam, kelmarin.
Pemain Malaysia, Safawi Rasid diasak pemain Bahrain pada aksi persahabat­an antarabang­sa B-22 di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia