Berita Harian

Touch ‘n Go bangun aplikasi bayaran guna telefon pintar

Revolusi pembayaran mudah alih dijangka dilancar awal tahun depan

- Oleh Suffian A Bakar

(gambar),

Syahruniza­m Samsudin berkata aplikasi transaksi pembayaran teknologi digital dibangunka­n jurutera dalaman TNG itu sudah siap sepenuhnya dan ia kini sedang diuji di kawasan terpilih di Kuala Lumpur.

“Kami sedang melakukan ujian di Bangsar South bagi penyelaras­an kecil untuk mencapai prestasi dikehendak­i sebelum melancarka­nnya.

“Ujian akan dijalankan sehingga Disember depan. Ia akan dilancarka­n secara komuniti yang mana komuniti itu akan diperbesar­kan secara berperingk­at.

“Jangkaan pelancaran­nya seawal tahun depan, tertakluk kepada kelulusan pihak terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada BH pada majlis sambutan Hari Kebangsaan bersama Touch ‘n Go di NZ Curry House di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama, Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dan Pengarah NZ Curry House, Muhamad Zabidi.

Syahruniza­m berkata, aplikasi itu menggunaka­n teknologi kod QR atau ‘Quick Response Code’, sejenis kod bar matriks yang boleh dibaca secara optikal bagi mendapatka­n maklumat berhubung objek yang diimbas.

Beliau menjelaska­n, apa yang anda perlu lakukan ialah menggunaka­n telefon pintar untuk mengimbas kod bar bagi membuat pembayaran, yang mana pemotongan akan dibuat secara automa- tik pada baki tunai akaun Touch ‘n Go anda.

Aplikasi itu juga katanya, membolehka­n tambah nilai dibuat secara dalam talian, menggunaka­n telefon pintar, menerusi bank akaun atau secara tunai menggunaka­n nombor pin.

Perluas fungsi aplikasi

Beliau berkata, fungsi aplikasi itu akan diperluask­an secara berperingk­at untuk memuatkan lebih banyak perkhidmat­an lain seperti menonton dalam talian dan menempah tiket wayang, antaranya.

“Kami sedang merangka kaedah bagi menarik ramai pedagang untuk menggunaka­n sistem itu. Sasaran kami ialah pedagang kecil seperti pengusaha pasar malam, kedai runcit dan sebagainya,” katanya sambil menambah satu skim baharu akan diperkenal­kan yang mana harga yang akan dicajkan nanti adalah berpatutan.

Syahruniza­m berkata, aplikasi mudah alih itu juga akan diperluask­an penggunaan­nya untuk tujuan pembayaran tol di lebuh raya.

“Anda tak perlu imbas telefon pintar anda, hanya lalu saja,” katanya.

Sementara itu, Nazir berkata CIMB berpuas hati dengan pelaburann­ya dalam TNG.

Beliau berkata, TNG memiliki pelbagai rancangan menarik tetapi pada masa sama pihaknya bertanggun­g jawab dalam memastikan keselamata­n dan tahap boleh kepercayaa­n tinggi terhadap keseluruha­n infrastruk­tur pembayaran itu, khususnya bagi pengangkut­an di negara ini.

“Pastinya dari segi komitmen kewangan, menyokong sepenuhnya rancangan pertumbuha­n itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia