Berita Harian

‘Bersedia awal hadapi kesukaran’

Dunia sekarang berada dalam era pertumbuha­n struktural rendah

- Oleh Suffian A Bakar

itu boleh melambung naik, secara tidak langsung menjurus kepada kepincanga­n domestik.

“Dunia ini memiliki terlalu banyak hutang dan ia adalah masalah asas sistem dunia hari ini. Sebab itu seluruh dunia terpaksa melalui pertumbuha­n perlahan.

“Apabila dunia melalui pertumbuha­n perlahan, kita tidak dapat mengekspor­t dengan banyak, dan ini menjurus kepada pertumbuha­n ekonomi domestik yang turut bergerak perlahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Kebangsaan bersama Touch ‘n Go di NZ Curry House di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, semalam.

Persekitar­an mencabar

Nazir berkata, persekitar­an global yang mencabar itu turut dirasai Malaysia, yang menafikann­ya pertumbuha­n tinggi.

“Ekonomi kita semakin perlahan, kita melihat pertumbuha­n sekitar empat peratus pada 2016. Saya berpendapa­t kita sekarang berhadapan persekitar­an luaran yang amat sukar,” katanya.

Beliau berkata, satu-satunya bahagian di dunia ini yang kelihatan menunjukka­n prestasi munasabah ialah Amerika Syarikat (AS), manakala majoriti negara lain berhadapan kesukaran.

Nazir berkata, bagi yang berpandang­an ia hanyalah kitaran yang pendek dan ekonomi akan melonjak semula, mereka akan terkejut.

“Maka berhati-hatilah. Jangan berbelanja berlebihan kerana keadaan akan menjadi sukar bagi Malaysia dan seluruh dunia.

“Kerana secara dasarnya, dunia ini memiliki terlalu banyak hutang dan ia adalah masalah asas dengan sistem dunia hari ini,” katanya.

Cabaran daripada teknologi kewangan

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata bank harus melihat cabaran daripada teknologi kewangan ( fintech), selain perubahan permintaan dalam kalangan pengguna secara positif.

Sehubungan itu, katanya dengan perubahan teknologi hari ini bank juga harus turut berubah dan melihat kaedah baharu untuk mengekal dan menarik pelanggan baharu.

“Banyak bank di negara lain sudah pergi di sebalik perbankan (konvension­al). Mereka menyediaka­n pasar raya virtual dan sebagainya, dan ini adalah sebahagian perkara yang dilihat bank hari ini, termasuk CIMB,” katanya.

 ?? [ FOTO HALIM SALLEH/BH ] ?? Nazir (kanan) pada majlis sambutan Hari Kebangsaan bersama Touch ‘n Go di NZ Curry House di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO HALIM SALLEH/BH ] Nazir (kanan) pada majlis sambutan Hari Kebangsaan bersama Touch ‘n Go di NZ Curry House di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia