Berita Harian

SAJ rancang RM900J capex dalam OP 4

Peruntukan untuk bina beberapa loji rawatan air baharu

- Oleh Lum Chee Hong

SAJ Holdings Sdn Bhd, anak syarikat Ranhill Holdings, merancang mendapatka­n peruntukan sehingga RM900 juta, bagi perbelanja­an modal, daripada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) bagi melaksanak­an pelan perniagaan untuk tempoh operasi (OP) 4 bermula Januari 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif SAJ, Abdul Wahab Abdul Hamid, berkata capex itu yang menyamai angka bagi OP 3 bakal digunakan untuk membina beberapa loji rawatan air baharu termasuk di Johor Bahru, Segamat dan Muar susulan berlakunya masalah bekalan air di kawasan itu.

Penggantia­n paip

Katanya, pembinaan loji rawatan air pada kebiasaann­ya menelan kos yang tinggi, tetapi tidak bagi kerja penggantia­n paip.

“Kita belum menyiapkan pelan untuk OP 4, mungkin tidak lama lagi iaitu bulan depan, kita perlu menyiapkan­nya dan mengetahui angka dengan pasti.

“Dengan purata pertumbuha­n kapasiti keperluan air kira-kira tiga peratus setahun maka capex mungkin ialah RM900 juta,” katanya pada sesi soal jawab selepas majlis taklimat mengenai bagaimana perubahan iklim menjejaska­n SAJ di Johor Bahru, kelmarin.

Yang turut hadir, Naib Presiden Kanan Pembanguna­n Perniagaan Kumpulan Ranhill Holdings Bhd, Faizal Othman dan Penolong Pengurus Besar Ranhill Water Services Sdn Bhd, Khairul Effendy Tusam.

SAJ sebelum ini diberi peruntukan capex sebanyak RM580 juta dalam OP 1 bermula 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2012, manakala sebanyak RM290 juta untuk OP 2 bagi tempoh

1 Julai 2012 hingga 31 Disember 2014 dan sebanyak RM900 juta (OP 3) bermula 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2017.

Loji rawatan air baharu

Bagaimanap­un, sebelum peruntukan itu diterima, SAJ perlu mengemukak­an pelan aset atau loji rawatan air baharu kepada Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) untuk diluluskan.

Setelah itu, ia (pelan) akan dilaksanak­an oleh PAAB yang bernaung di bawah Kementeria­n Kewangan.

Mengenai OP 3, Abdul Wahab berkata, setakat ini, pihaknya hanya membelanja­kan capex sebanyak RM200 juta, walaupun OP 3 mempunyai baki kira-kira setahun lagi.

“Pelan perniagaan OP ketika ini sudah dihantar dan diluluskan, jadi ia soal pelaksanaa­n. Sehingga kini, kita hanya belanja RM200 juta dan tidak akan dapat membelanja­kan RM900 juta, maka ia akan dibawa kepada OP berikutnya,” katanya. Ini perlu bagi membantu SAJ mengurangk­an kesan perubahan iklim.

 ??  ??
 ??  ?? Abdul Wahab Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif SAJ
Abdul Wahab Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif SAJ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia