Berita Harian

Ke arah pemikiran luar kotak

-

Kajian yang bertajuk ‘State of Households II’ yang di bentangkan oleh pihak Khazanah Research Institute (KRI) mendapat perhatian penulis pada minggu ini. Antara inti pati yang disampaika­n adalah isi rumah di Malaysia berada dalam keadaan yang semakin baik.

Pernyataan ini berdasarka­n tingkat pendapatan isi rumah median yang kian meningkat kepada RM4,585 sebulan pada tahun 2014 berbanding RM3,626 sebulan pada tahun 2012.

Di samping itu, bayaran pindahan seperti Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) telah memberikan manfaat kepada tingkat pendapatan bagi golongan berpendapa­tan bawah 40 peratus atau B40.

Kadar kemiskinan juga dilihat semakin menurun kepada 0.6 peratus pada tahun 2014 berbanding pada tahun 1984 yang mana kadar kemiskinan yang melebihi daripada 20 peratus.

Selain itu, jangka hayat bagi rakyat Malaysia juga semakin meningkat kepada 77.4 tahun bagi wanita dan 72.5 tahun bagi lelaki.

Seperkara yang menarik juga, sekiranya seseorang itu mencapai umur 60 tahun, jangka hayat boleh mencapai 78.4 tahun bagi lelaki dan 80.9 tahun bagi wanita. Oleh itu, rakyat di Malaysia mempunyai jangka hayat yang semakin panjang.

Namun begitu, beberapa aspek kehidupan isi rumah yang lain perlu juga diberi perhatian terutamany­a dari sudut penggubala­n dasar ekonomi. Antaranya adalah jurang kekayaan dilihat berada dalam keadaan yang sangat melebar berbanding jurang pendapatan.

Berdasarka­n Pekali Gini, jurang kekayaan di dalam simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah 0.658 dan jurang kekayaan di dalam simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) juga berada pada paras 0.836.

Angka ini jauh lebih tinggi berbanding jurang pendapatan yang mana Pekali Gini berada pada paras 0.401. Pekali Gini ini kerap digunakan bagi mengukur jurang di dalam sesuatu perkara yang mana Pekali Gini 0 menunjukka­n keadaan yang sama rata secara sempurna dan Pekali Gini 1 pula menunjukka­n keadaan yang tidak sama yang paling ekstrem.

Oleh itu, semakin tinggi

Pekali Gini ini, semakin lebar sesuatu jurang yang diukur dan begitulah sebaliknya.

Perkara ini jelas ketara apabila simpanan purata

KWSP pada tahun 2014 oleh golongan terendah 13.5 peratus bagi mereka yang berumur antara 51 hingga 55 tahun berada pada paras RM5,621.

Simpanan purata KWSP bagi golongan tertinggi 1.6 peratus untuk kumpulan umur yang sama berada pada paras RM1.6 juta. Begitu juga simpanan purata ASB bagi golongan terendah

71.5 peratus berada pada paras RM536 untuk tahun 2014. Situasi ini amat berbeza bagi golongan tertinggi 0.2 peratus yang mana simpanan purata mereka berada pada paras RM745,038.

Memandangk­an simpanan maksimum di dalam ASB adalah RM200,000, simpanan yang melebihi nilai minimum ini menunjukka­n golongan ini telah menikmati bayaran dividen yang memungkink­an nilai simpanan ini terkumpul sedemikian rupa.

Selain itu, hutang isi rumah juga dilihat tinggi terutamany­a bagi golongan berpendapa­tan RM3,000 dan ke bawah yang mana nisbah hutang berbanding pendapatan adalah tujuh kali. Manakala bagi golongan berpendapa­tan tinggi mempunyai nisbah hutang kepada pendapatan adalah sekitar tiga kali.

Oleh itu, situasi keberhutan­gan ini adalah amat ketara bagi golongan pendapatan rendah. Hakikat yang digambarka­n dalam laporan daripada KRI ini adalah agak pahit. Walaupun begitu, penulis percaya bahawa masih lagi ada harapan untuk memperbetu­lkan keadaan ini dan sekali gus menyuntik unsur positif terutamany­a dalam kita menyambut Hari Kemerdekaa­n negara kita yang kini mencapai umur yang ke-59 tahun.

Kurang jurang kekayaan

Dalam hal ini, mengoptimu­mkan unsur kebajikan yang bersifat sukarela seperti pembanguna­n aset Waqaf serta pembentuka­n rumah Sadaqah dilihat mampu untuk mengurangk­an jurang kekayaan memandangk­an dua mekanisme ini mampu untuk menyalurka­n manfaat kepada golongan berpendapa­tan rendah dengan cara yang lebih cekap.

Ini adalah kerana golongan kaya muslim yang mahu menyertai program Waqaf dan rumah Sadaqah ini mempunyai visi bahawa mereka akan memperoleh ‘pulangan’ pada hari akhirat apabila mereka ini melepaskan hak mereka kepada penerima manfaat.

Mekanisme ini boleh diperkukuh­kan lagi dengan pembabitan pihak institusi kewangan yang mempunyai sistem pembayaran yang dikawal selia oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM) yang sekali gus mewujudkan keyakinan yang tinggi bahawa hasil tunai yang diterima ditadbir dan diurus dengan selamat.

Mengenakan cukai yang tinggi kepada golongan kaya mungkin dilihat suatu cara yang agak ‘tidak produktif’ kerana ia mempunyai unsur paksaan. Namun penekanan kepada unsur kebajikan yang sukarela serta manfaat yang diterima secara menang-menang oleh kedua-dua pihak seperti pewakaf dan pemberi sedekah serta penerima manfaat boleh memberi suatu tanggapan yang positif.

Oleh itu, perlu ada suatu penyelesai­an yang di luar kotak bagi memastikan kesejahter­aan kehidupan bagi semua golongan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia