Berita Harian

Laluan LBS kukuh capai jualan RM1.2B

Syarikat lihat pelbagai isyarat angka dalam industri hartanah makin meningkat

- Oleh Shahrizan Salian

LBS Bina Group Bhd (LBS) berada dalam landasan kukuh untuk mencapai sasaran jualan RM1.2 bilion bagi 2016, di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi oleh industri hartanah tempatan sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Lim Hock San, berkata meskipun banyak pihak berpandang­an bahawa hartanah adalah antara sektor yang paling mendapat tempias kelembapan ekonomi global, sebaliknya syarikat itu menyaksika­n pelbagai isyarat angka jualan semakin meningkat setakat tahun ini.

Katanya, perkembang­an itu dibantu lagi oleh keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menurunkan kadar faedah pinjaman sebanyak 25 mata asas baru-baru ini, dalam usaha untuk merancakka­n lagi kegiatan ekonomi domestik.

“Hasilnya, permohonan untuk membuat pinjaman menjadi lebih mudah dan orang ramai kini berasa lebih yakin untuk membeli rumah.

“Dalam masa sama, saya berharap BNM akan melonggark­an sedikit peraturan berkaitan pinjaman rumah. Ini memandangk­an ramai pembeli sebelum ini gagal mendapatka­n kelulusan pinjaman.

“Justeru, kami berharap supaya bank pusat dan kerajaan dapat meneliti semula situasi sekarang Pengarah Urusan LBS supaya akses kepada kredit (kepada yang layak) akan menjadi lebih mudah,” katanya dalam satu temubual bersama BH di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Pendapatan suku kedua 2016 LBS meningkat satu peratus, manakala keuntungan sebelum cukainya turut menokok lapan peratus, berikutan perbelanja­an operasinya yang lebih rendah.

Pertumbuha­n menggalakk­an

Mengulas lanjut, Hock San berkata, keputusan yang diambil oleh BNM itu secara langsung berjaya menyokong angka jualan LBS sehingga menyaksika­n pertumbuha­n yang amat menggalakk­an sejak beberapa bulan yang lalu.

“Setakat pertengaha­n bulan Ogos, angka jualan kami sudah mencecah RM765 juta, berbanding sasaran seluruh tahun sebanyak RM1.2 bilion. Berdasarka­n perkembang­an semasa, kami tidak mempunyai masalah untuk mencapai sasaran berkenaan,” katanya.

Beliau menambah, sasaran jualan bagi 2016 disokong oleh pelbagai projek dengan yang utama adalah di Bandar Saujana Putra iaitu kediaman BSP 21 dan kedai BSP Village.

Katanya, projek BSP 21 setakat ini adalah perbandara­n paling laris bagi kumpulan sehingga menyaksika­n jualannya meningkat mendadak sejak tiga bulan lalu.

“BSP 21 menyumbang sehingga 40 peratus kepada jualan keseluruha­n LBS setakat tahun ini,” katanya.

BSP 21 menawarkan sehingga 2,602 unit pangsapuri pada harga kira-kira RM500,000. LBS sudah melancarka­n tujuh blok kediaman merangkumi 1,704 unit yang mana 85 peratus sudah habis dijual.

Bagi baki empat bulan 2016, LBS dijangka melancarka­n hartanah bernilai kira-kira RM384 juta lagi.

Antara pelancaran baru termasukla­h satu lagi blok BSP 21 dan 157 unit kediaman bertanah di Desiran Bayu, Puchong.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia