Berita Harian

11street optimis segmen e-dagang

Keyakinan bersandark­an peluang terbuka luas disediakan kerajaan

- Oleh Nora Mahpar

street, firma pengendali peruncitan dalam talian terbesar di Malaysia optimis segmen e-dagang di negara ini mampu berkembang seiring pasaran e-dagang di negara maju seperti Korea.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Hoseok Kim, berkata keyakinan itu bersandark­an kepada peluang yang terbuka luas disediakan kerajaan negara ini dalam penembusan e-dagang, yang mana hampir 70 peratus atau 20 juta pengguna internet dicatatkan ketika ini.

Kim berkata, penembusan penggunaan kad kredit dan debit sehingga 70 peratus menerusi kaedah pembayaran dalam talian menyumbang kepada pertumbuha­n segmen e-dagang di negara ini.

“Setakat ini, pasaran e-dagang di Malaysia dianggarka­n sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah pasaran runcit berbanding 15 peratus di Korea.

“Bagaimanap­un, sokongan daripada agensi kerajaan seperti Per- badanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan kemudahan kepelbagai­an logistik yang disediakan oleh syarikat tempatan turut menggalakk­an lebih banyak jenama memasuki segmen e-dagang sekali gus merancakka­n perniagaan runcit,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bangsar, baru-baru ini.

Beliau berkata, sehingga kini platform beli-belah pasaran terkemuka dari Korea Selatan mempunyai 23,000 peniaga, melepasi sasaran 20,000 peniaga pada tahun ini.

Jual lebih 6 juta produk

“Kami menjual lebih enam juta produk dari dalam dan luar negara dan kami sasarkan untuk menarik lebih ramai peniaga dalam talian menyertai 11street bagi menawarkan pilihan produk yang menarik,” katanya.

Beliau berkata, kepada usahawan yang berminat untuk bernaung di bawah 11street, pihaknya ada mengadakan program pembanguna­n dan latihan e-dagang khusus untuk mereka yang baru bermula atau lanjutan di bawah Akademi 11street.

“Program lanjutan yang kami sediakan adalah sijil e-dagang pertama di negara ini,” katanya.

Bermula di Korea pada 2008

Meluaskan rangkaian perniagaan dalam talian di Turki pada 2012, Indonesia (2013) dan Malaysia (2015)

Produk kecantikan dan kesihatan antara produk laris di 11street

Sasar pertumbuha­n jualan tiga digit tahun ini, berbanding dua angka tahun lalu

Catat pendapatan kasar tahunan berjumlah AS$6 bilion (RM24.3 bilion)

 ?? [ FOTO ABDULLAH YUSOF ] ?? Kim yakin dengan segmen e-dagang di negara ini mampu berkembang seiring pasaran e-dagang di negara maju.
[ FOTO ABDULLAH YUSOF ] Kim yakin dengan segmen e-dagang di negara ini mampu berkembang seiring pasaran e-dagang di negara maju.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia