Berita Harian

Kuala Lumpur lokasi termurah untuk perniagaan

-

Kuala Lumpur dikenal pasti sebagai lokasi termurah di rantau Asia Pasifik untuk perniagaan, manakala Singapura menjadi lokasi kelima paling mahal, menurut hasil kajian yang dijalankan berdasarka­n pada kadar harian.

Dikeluarka­n oleh ECA Internatio­nal, penyedia pengetahua­n, maklumat dan perisian utama dunia untuk pengurusan dan menempatka­n pekerja di seluruh dunia, hasil kajian itu mendapati Bangkok, Phnom Penh dan Bandar Seri Begawan hanya bandar utama lain yang berada dalam kedudukan 10 lokasi termurah untuk perniagaan di Asia.

Penginapan agak murah

“Sebagai destinasi pelancong dan perniagaan yang utama, adalah mengejutka­n melihat Kuala Lumpur dan Bangkok dalam kedudukan 10 lokasi termurah di rantau ini.

“Gabungan kos sara hidup yang secara amnya rendah, pilihan penginapan yang agak murah untuk pelancong perniagaan dan mata wang yang lemah berbanding dolar AS menyumbang kepada kedudukan lokasi ini,” kata Pengarah Serantau ECA Internatio­nal Asia, Lee Quane di Singapura, semalam.

Dikemas kini setiap tahun, laporan itu menyediaka­n purata kos untuk penginapan hotel, yang membentuk sebahagian besar daripada elaun harian, selain makanan, minuman, pakaian, pengangkut­an teksi dan keperluan harian.

Kedudukan utama dalam ranking serantau

Quane berkata, kos biasa dialami ketika lawatan perniagaan adalah termasuk penginapan, pengangkut­an, makanan dan keperluan harian.

Saingan serantau Singapura, Hong Kong, menduduki kedudukan utama dalam ranking tahun ini.

Walaupun kos makanan dan perbelanja­an sampingan lebih mahal di Singapura, kos lebih tinggi berkaitan dengan penginapan di hotel di Wilayah Pentadbira­n Khas itu menyumbang kepada kedudukann­ya sebagai lokasi paling mahal di Asia Pasifik untuk menjalanka­n perniagaan.

“Kadar bilik di Singapura antara yang tertinggi daripada lokasi yang kami kaji di rantau ini.

“Melihat kepada penginapan hotel bertaraf empat bintang, kadar di sini adalah ketujuh tertinggi di rantau ini, kira-kira 20 peratus lebih rendah daripada penginapan yang setanding di lokasi paling mahal, Hong Kong,” kata Quane.

Apabila kos hotel dikecualik­an, lokasi paling mahal di rantau ini yang dikunjungi oleh pekerja sedikit berbeza.

Singapura meningkat kepada kedudukan keempat di rantau ini, mengatasi Dhaka, apabila kekurangan penginapan yang sesuai menyumbang kepada kadar yang tinggi dikenakan untuk bilik hotel.

Dhaka turun kepada lokasi ke-24 paling mahal di rantau ini apabila kadar hotel dikecualik­an. Hong Kong turut jatuh kepada kedudukan kelapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia