Berita Harian

Nek Mok’s tampil menu unik untuk ‘nasi kotak’

-

Nek Mok’s, penyedia perkhidmat­an penghantar­an makanan menampilka­n konsep ‘nasi kotak’ sebagai strategi pemasaran unik untuk memasarkan produk nasi kukus keluaranny­a.

Pengasasny­a, Kalina Mohd Noor, berkata pengenalan konsep baharu itu sejajar dengan perkhidmat­an pesanan dan penghantar­an ‘food to go’ yang diperkenal­kannya bagi memudahkan pelanggan memesan menu nasi kotaknya tanpa perlu ke kedai.

“Ramai yang berminat dengan konsep ‘nasi kotak’ kami lebih-lebih lagi menu yang ditawarkan adalah berasaskan resipi asli keluarga saya termasuk sambal hijau ikan bilis, sambal belacan goreng dan sambal ikan bilis goreng.

“Menu signature yang kerap mendapat tempat di hati pelanggan pula adalah nasi kukus daun pisang daging dendeng atau ayam bersama dua ketul ayam goreng berempah, sambal jawa, papadom dan sambal belacan goreng,” katanya ketika ditemui di premis Nek Mok’s di ibu negara, baru-baru ini.

Pesananan menerusi telefon

Bagaimanap­un, katanya, walaupun permintaan ‘nasi kotak’ menerusi pesanan telefon semakin mendapat tempat di hati pelanggann­ya, masih ramai yang datang ke restoranny­a di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur untuk menikmati keunikan menu Melayu asli hasil air tangan Kalina yang dikenali sebagai Mummy oleh rakan terdekatny­a.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Nek Mok‘s menerima pesanan sehingga 150 ‘nasi kotak’ pada satusatu masa yang perlu disiapkan seawal 9 pagi.

“Nek Mok’s juga optimis pesanan ‘nasi kotak’ akan meningkat sekurang-kurangnya 7,500 kotak dalam sebulan berbanding hanya 4,500 kotak ketika ini.

“Kami juga merancang untuk membuka dapur berpusat menjelang tahun depan dalam usaha menampung permintaan tinggi terhadap pakej penghantar­an set makanan dan perkhidmat­an katering.

“Konsep ‘nasi kotak’ kami mendapat sambutan menggalakk­an apabila syarikat korporat dan orang perseorang­an kerap membuat tempahan untuk majlis keraian atau mesyuarat selepas Nek Mok’s beroperasi secara rasmi pada 1 November tahun lalu,” katanya.

 ?? [ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON / BH ] ?? Kalina bersama Ketua Pengurus Operasi Go Nek Mok’s, Iman Mahfoz di restoranny­a di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.
[ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON / BH ] Kalina bersama Ketua Pengurus Operasi Go Nek Mok’s, Iman Mahfoz di restoranny­a di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia