Berita Harian

Kanada mohon sertai Bank AIIB

Keputusan dianggap usaha beralih arah ke Beijing

-

Kanada akan memohon untuk menyertai Bank Infrastruk­tur Pelaburan Asia (AIIB) disokong China kata Jabatan Kewangan Ottawa.

Ia adalah usaha beralih arah ke Beijing walaupun selepas Washington berusaha menghalang negara sekutu Amerika Syarikat untuk menyertain­ya.

“Kanada sentiasa mencari jalan untuk mewujudkan harapan dan peluang untuk kumpulan pertengaha­n serta penduduk seluruh dunia,” kata Menteri Kewanganny­a, Bill Morneau dalam satu kenyataann­ya di Beijing.

“Keahlian dalam AIIB adalah satu peluang untuk menjayakan hasrat itu.”

Pesaing Bank Dunia

Peminjam berbilang pihak berpangkal­an di Beijing itu akan memulakan operasi tahun ini, dilihat sebagai pesaing kepada Bank Dunia dan Bank Pembanguna­n Asia yang berpangkal­an di Filipina yang ditubuhkan sejak 1966.

AIIB bernilai AS$100 bilion disertai pemegang saham dari beberapa negara Eropah yang bertegas menyertain­ya walaupun ditentang Washington.

Pengkritik bimbang bank itu akan menetapkan standard yang lebih rendah bagi projek dan mengambil mudah prinsip sosial, persekitar­an dan kemampanan ekonomi seperti dipatuhi Bank Dunia dan institusi pembanguna­n kewangan berbilang pihak yang lain.

Presiden AIIB, Jin Liqun mengalualu­kan keputusan Kanada dengan berkata: “Ia menunjukka­n keyakinan terhadap asas bank yang kukuh selepas dibina untuk tempoh beberapa bulan pertama.”

Amerika Syarikat, dan Jepun kuasa ekonomi terbesar dan ketiga terbesar dunia sudah mengesahka­n untuk menolak daripada menyertai AIIB.

Kukuh hubungan

Pengumuman Kanada menyusul selepas Perdana Menterinya, Justin Trudeau mengadakan lawatan ke China, yang mana membabitka­n pertemuan beliau dengan Perdana Menteri kuasa ekonomi kedua terbesar dunia itu, Li Keqiang untuk terus mengukuhka­n hubungan sebelum sidang kemuncak G20 yang akan bermula minggu ini di Hangzhou.

China adalah rakan dagangan kedua terbesar Kanada selepas Amerika Syarikat dengan jumlah perdaganga­n mencecah AS$66.5 billion tahun lalu.

Ketika Trudeau berucap di Bangunan Great Hall of the People Beijing Rabu lalu, beliau dilaporkan berkata sudah mengetenga­hkan kes Garratt dengan pemimpin China namun menegaskan tujuan utama lawatannya adalah untuk ‘hubungan yang kuat dan stabil serta berdialog’ dengan China.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Morneau (kiri) dan Presiden AIIB
Jin Liqun pada sidang media di Beijing, semalam.
[ FOTO REUTERS ] Morneau (kiri) dan Presiden AIIB Jin Liqun pada sidang media di Beijing, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia