Berita Harian

Harga gula di Asia dijangka kekal tinggi

-

Singapura: Trend harga gula yang tinggi dijangka berterusan untuk beberapa suku tahun akan datang dan akan memberi kesan yang ketara kepada margin makanan dan minuman Asia, menurut laporan terkini Rabobank, ‘Hurry Cane: Managing Higher Sugar Prices in Asia’.

Laporan itu menyatakan harga gula mentah dunia meningkat sebanyak 30 peratus sejak pertengaha­n April, apabila pasaran mengambil kira potensi pengeluara­n gula global yang rendah pada 2016/17.

Rabobank berkata, harga gula domestik di Asia juga mula menunjukka­n asas yang kukuh dan rantau ini dijangka mengalami defisit gula yang pertama dalam tempoh lima tahun.

Pengeluara­n di Asia dijangka rendah

Pengeluara­n gula di Asia dijangka rendah pada 2016/2017, berikutan kemarau akibat El Nino pada 2015 menyebabka­n pengeluara­n susut kepada paras terendah dalam tempoh lima tahun, menurut laporan itu.

Pada 2015/2016, Rabobank mengunjurk­an Asia akan menyaksika­n defisit gula yang pertama dengan anggaran dua juta tan dalam tempoh lima tahun.

Pada peringkat global, selain Eropah dan Brazil mengunjurk­an untuk menyaksika­n pengeluara­n yang lebih baik pada tahun depan, Rabobank menjangka defisit gula dunia sebanyak 5.5 juta tan pada musim yang akan datang.

Rabobank juga berkata minuman ringan menjadi antara pemacu jumlah dagangan paling penting bagi penggunaan gula di Asia.

Selain unjuran pertumbuha­n penggunaan minuman ringan di Asia dikurangka­n, Rabobank menjangka pertumbuha­n kekal mendahului di kebanyakan rantau lain.

Tenusu, terutamany­a susu pekat dan aiskrim dan kuihmuih, segmen utama lain dijangka meningkat pada kadar stabil dalam masa terdekat.

Bagi segmen makanan dan minuman dengan dengan pendedahan yang ketara kepada pema nis, pertumbuha­n Asia secara keseluruha­n adalah 8.5 peratus berbanding pertumbuha­n global 3.0 peratus antara 2006 dan 2015.

Walaupun pasaran makanan dan minuman China perlahan barubaru ini, 40 peratus daripada pertumbuha­n jumlah dagangan global pada 201518 adalah daripada pasaran makanan dan minuman Asia.

Inventori rendah dan jangkaan penguranga­n tanaman mengekalka­n harga gula tinggi, kata Rabobank.

Terendah dalam sejarah

Kesan daripada permintaan yang berterusan dan pengeluara­n pada 201516 yang rendah mendorong inventori gula Asia kepada paras terendah dalam sejarah.

Bergantung kepada jurang penawaranp­ermintaan tempatan, harga gula di rantau ini meningkat antara 30 peratus dan 50 peratus daripada paras yang dilihat pada tahun 2015.

Dengan jangkaan pengeluara­n pada 201617 yang rendah dan pertumbuha­n permintaan yang kukuh, Rabobank menjangka terdapat keadaan positif yang mencukupi untuk menyokong paras semasa hingga suku keempat 2016.

Bagi negara tertentu, kesan sepenuhnya akan bergantung kepada sambutan bagi harga gula halus tempatan terhadap jurang penawaran dan permintaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia