Berita Harian

Penyeri pelamin

Kuntuman bunga Florgean, jadi pilihan tema majlis raikan mempelai

-

Hiasan pelamin sentiasa menggamit pandangan kerana menjadi tempat mempelai mengabadik­an kenangan indah bergelar raja sehari dan memahatkan memori sekali seumur hidup.

Ramai berhabis menyediaka­n pelamin yang cantik mengikut tema diinginkan supaya perkahwina­n impian menjadi realiti, tampak gah dan memuaskan hati.

Misalnya bunga Florgean, kraf tangan menggunaka­n kertas krepe iaitu kaedah popular di luar negara sekali gus menyuntik kelainan pada pelamin.

Idea segar itu sekali gus memberikan keunikan khususnya untuk tema pelamin bunga-bungaan dan perkahwina­n dalam taman kerana bunga Florgean dihasilkan dalam kuntuman bersaiz besar.

Pengasas, Husna Creations, Latifa Husna Md Lajis, 49, berkata keistimewa­an bunga Florgean ini menggunaka­n barang ekonomi tetapi mampu menghasilk­an sesuatu unik, menarik dan tahan lama.

“Misalnya, dengan kertas krepe dwiwarna, rekaan Florgean ini adalah bunga fantasi yang diilhamkan dalam bentuk tiga dimensi seperti tampak seperti mawar dan lavender.

“Sebenarnya bunga Florgean terkenal di luar negara dan banyak dimuat naik ke dalam Youtube dan laman sesawang lain. Idea ini terlintas di fikiran, kerana kebetulan ketika itu pelanggan mengingink­an tema lavender untuk majlisnya,” katanya di kediamanny­a di Taman Halamanda, Gombak, baru-baru ini.

Kuntuman mekar

Lebih menarik perhatian, setiap tangkai bunga Florgean ini mempunyai antara 10 hingga 12 kuntuman bunga mekar dan putik dengan ton gelap hingga yang paling cerah.

Katanya, gabungan bunga mawar dan lavender itu menekankan variasi tona warna dan bentuk supaya ia menjadi gubahan bunga dan penyeri keindahan pelamin.

“Saya cuba menerapkan gubahan bunga secara eksklusif meskipun menggunaka­n bahan ekonomi dan memanfaatk­an bahan terbuang,” katanya.

Beliau yang juga penulis buku Kraf Bunga daripada Beg Plastik dan Variasi Seni Kraf Tisu yang masingmasi­ng diterbitka­n pada

2011 dan 2015, berkata minat untuk menggubah bunga namun menjadi hobi yang mendatangk­an pendapatan.

Hasilkan banyak bunga

Sebelum ini Latifa Husna adalah guru, namun memilih bersara awal dari perkhidmat­an sejak Januari lalu untuk memberikan tumpuan bidang ini.

“Saya mahu serius menggubah bunga rekaan tangan dan menumpukan perhatian pada perniagaan Husna Creations yang

 ??  ??
 ??  ?? Bunga digubah secara eksklusif dengan hanya menggunaka­n bahan ekonomi.
Bunga digubah secara eksklusif dengan hanya menggunaka­n bahan ekonomi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia