Berita Harian

Keunikan selendang pengantin

Tidak terlalu sarat dengan kristal atau manik, sederhana tetapi tampak eksklusif

-

Seiring perkembang­an dunia fesyen, trend busana perkahwina­n juga berubah. Selendang pengantin misalnya, mengalami perkembang­an berbeza saban tahun.

Satu ketika dulu, pengantin gemar memilih selendang terlalu sarat dengan perincian sehingga memenuhi keseluruha­n bahagian atas kepala, manik mahupun kristal yang dijahit mengikut rekaan tertentu.

Fungsi selendang berubah

Selain itu, fungsi selendang juga sudah lari daripada kebiasaan. Ia tidak lagi diletakkan di atas kepala menutupi sebahagian rambut tetapi mula diletakkan di bahagian bahu.

Ia dikenali sebagai selendang bahu pengantin yang biasanya mengangkat rona lembut seperti putih, merah jambu lembut mahupun krim.

Hari ini, kebanyakan pengantin lebih gemar kepada perincian lebih sederhana tetapi mengangkat nilai eksklusif dalam hamparan fabrik unik.

Di Barat, pengantin moden memilih gaun sebagai busana hari istimewa mereka kini bertukar angin memilih selendang bahu berbanding selendang dari bulu haiwan atau sifon.

Selendang fabrik kait

Kreatif, ringkas tetapi memikat, fabrik kait mula menjadi perhatian bakal pengantin. Pelbagai bentuk seperti tiga segi, panjang, lebar dan jenis lintang, selendang bahu dihasilkan begitu kreatif.

Ia dikait membentuk reben, butang dan jenis ikat yang memudahkan ia terletak selesa di bahu pengantin.

Ada saiz separas bahu dan ada yang labuh menutupi sehingga melepasi gaun petang pengantin mahupun skirt.

Juraian benang kait yang direka membentuk bunga kecil, bulat, bebola dan segi tiga menambah seri dan keunikan rekaan selendang bahu ini.

Pengiring turut sertai tema kait

Bahkan, trend ini turut menjadi fenomena buat pengapit pengantin.

Gadis bunga yang dilantik sebagai pengapit biasanya turut serta memakai selendang bahu ini tetapi dengan warna berbeza.

Selalunya, selendang bahu dipakai pengapit pengantin lebih berbeza, sederhana dan menggunaka­n rona lain daripada yang dipakai pengantin.

Jika pengantin memakai rona putih, empat hingga lima pengapit memakai rona terang seperti kuning bagi menyerlahk­an keindahan busana disarung pengantin.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Selendang pengantin tampak lebih anggun dan mengangkat nilai eksklusif dalam penggunaan fabrik unik.
Selendang pengantin tampak lebih anggun dan mengangkat nilai eksklusif dalam penggunaan fabrik unik.
 ??  ?? Selendang bahu daripada benang kait menjadi pilihan pengantin masa kini.
Selendang bahu daripada benang kait menjadi pilihan pengantin masa kini.
 ??  ?? Pengantin di Barat lebih berminat dengan selendang fabrik kait.
Pengantin di Barat lebih berminat dengan selendang fabrik kait.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia