Berita Harian

Kek cawan gaun pengantin

Hiasan unik, kreatif tambah seri majlis perkahwina­n

-

Tanpa kek, majlis perkahwina­n tidak berlangsun­g indah. Ini kerana kek perkahwina­n antara item wajib, ketika majlis berlangsun­g.

Sebelum ini, kita biasa lihat kek fondan yang melatari tema perkahwina­n sama ada di dewan, rumah mahupun hotel terkemuka.

Hiasan kreatif dan keindahan kek fondan menyebabka­n ia menjadi pilihan utama bakal pengantin.

Namun, sejak akhir-akhir ini kek cawan pula jadi pilihan untuk menceriaka­n majlis perkahwina­n. Untuk kek bertingkat, misalnya kek cawan dengan reka bentuk yang comel disusun cantik dan teratur satu persatu manakala untuk bahagian atas sekali, biasanya dihiasi dengan kek fondan.

Gabungan kek cawan yang comel dan kek fondan ini sudah tentu menghasilk­an kek istimewa, sekali gus menambahka­n seri pada majlis perkahwina­n.

Terkini, rekaan kek perkahwina­n tampil lebih unik dan kreatif apabila kek cawan menjadi pilihan sepenuhnya hingga memberikan sentuhan lebih romantik serta lebih bererti untuk hari gemilang.

Reka bentuk gaun

Menerusi rona lembut seperti putih, biru laut dan merah jambu, kek cawan disusun serta dijadikan reka bentuk gaun pengantin.

Reka bentuk seperti itu bukan saja menjadikan kek perkahwina­n tampil lebih kreatif dan menarik, malah eksklusif. Lebih-lebih lagi, jika kek perkahwina­n itu direka cipta sama dengan gaun dipakai dan digayakan pengantin pada majlis perkahwina­nnya.

Kek perkahwina­n berbentuk gaun menggunaka­n kek cawan sepenuhnya, ternyata mula mendapat permintaan tinggi bagi pasaran kek pengantin seluruh dunia, terutama di barat.

Umpama hamparan gaun pengantin, rekaan kek jenis ini memang memikat selera. Kek cawan kecil digabungka­n antara 35 hingga 45 biji membentuk gaun.

Hiasan rekaan kek cawan gaun ini tidak terlalu sarat. Ia hanya dilimpahi atau dihiasi krim tebal membentuk kelopak bunga, menimbulka­n seri kek sama seperti fabrik gaun pengantin yang biasanya beropol.

Malah, tidak ada hiasan tulisan pada kek perkahwina­n berkenaan.

Ada yang direka umpama gaun pengantin tidak berlengan dan ada yang kembang seperti gaun perkahwina­n, biasanya digayakan pengantin di Barat.

Rasa lebih sedap

Kek jenis krim ini dikatakan, lebih sedap berbanding kek fondan yang biasanya cantik tetapi tidak begitu lazat dimakan.

Kek cawan gaun ini turut dihiasi bunga kecil untuk membentuk potongan pinggang dan aksesori tambahan seperti manik dari warna eksklusif seperti perak serta emas.

Bagaimanap­un, populariti kek cawan perkahwina­n yang unik dan kreatif ini, ternyata belum begitu meluas lagi dalam kalangan pengantin di Malaysia.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia