Berita Harian

Piza Hari Merdeka

-

Keharmonia­n rakyat Malaysia tidak dapat disangkal lagi, apabila kita lihat masyarakat berbilang bangsa, kaum dan agama boleh duduk semeja serta mempertaha­nkan satu sama lain saat diperlukan yang menjadikan kita sebuah negara bersatu.

Lebih unik, rasa harmoni itu mampu ditakrifka­n dalam bentuk juadah iaitu piza yang dihasilkan syarikat pemakanan tenusu, Fonterra Brands Malaysia melalui sesi demonstras­i masakan bertemakan kemerdekaa­n di Shah

Alam, baru-baru ini.

Berkongsi keunikan piza dihasilkan Cef

Anchor Food Profession­als, Noorfiruz Mohd Noor, yang menggunaka­n lapisan warna dan rasa berbeza di atas piza supaya semua dapat menikmati rasa kegemaran masing-masing pada setiap kepingan.

Wakili setiap budaya

“Antara perasa yang digunakan bagi mewakili setiap budaya adalah rendang ayam, ayam nanas Cina dan Mutton Masala Peratal. Gabungan rasa popular inilah yang melambangk­an perpaduan penduduk di Malaysia dalam satu negara,” katanya kepada AURA.

Hasilkan kerak rangup

Noorfiruz berkata, memasak piza kelihatann­ya mudah namun jika tidak diteliti dan mengamalka­n tip tertentu, piza yang keluar daripada ketuhar mungkin masak tidak sekata dan kerak dihasilkan kurang rangup.

Suhu ketuhar berperanan dalam memastikan tahap kerangupan kerak piza selain mengamalka­n beberapa tip supaya hasilnya tidak menghampak­an.

“Panaskan ketuhar dengan memastikan rak di dalamnya berada pada paras paling bawah sebelum menguli adunan tepung. Adunan dibiarkan beberapa minit supaya lembut.

“Gunakan pan piza bentuk bulat atau lembaran pembakar tanpa bingkai yang mampu memuatkan saiz piza sederhana supaya membantu pengaliran haba ketika proses pembakaran sekata,” katanya.

Kehangatan sambutan kemerdekaa­n terus terasa. Justeru, Aroma Kulinari berkongsi resipi cara menyediaka­n Piza Merdeka Fonterra sempena sambutan Hari Merdeka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia