Berita Harian

Rezeki sajian laut lambak

-

Demam sajian makanan laut secara lambak ‘shell out’ nampaknya membuatkan semakin ramai yang ingin mencuba masakan itu, apatah lagi untuk juadah bersama keluarga serta insan tersayang.

Pergi saja ke manamana pasti akan terlihat restoran yang menyajikan hidangan dengan pelbagai pilihan makanan laut mengikut selera dan konsep restoran terbabit.

Tapi bagi hidangan

‘shell out’ di rumah atau pejabat mungkin agak unik. Inilah yang dilakukan dua anak muda Muhammad Zakri Osman bersama rakannya Mohd Noor Mat Kasa yang masing-masing berusia 31 tahun.

Memulakan perniagaan sejak tiga bulan lalu, konsep ‘shell out’ bergerak dengan penghantar­an di sekitar Lembah Klang. Setakat ini mereka mampu tersenyum kerana permintaan yang diterima sangat menggalakk­an.

Muhammad Zakri berkata, idea menjalanka­n perniagaan ‘shell out’ ke rumah atau pejabat ini timbul secara tidak sengaja apabila mereka menikmati hidangan berkenaan bersama keluarga di sebuah restoran.

Sumber pendapatan tambahan

“Sambil makan bersama Mohd Noor kami menyatakan bagus jika usaha ini diteruskan dengan lebih serius dengan menghantar terus ke rumah atau pejabat.

“Masa itu banyak idea keluar dan berbincang pun sekadar mengisi masa ketika itu. Tidak sangka selepas beberapa hari kemudian kami memberanik­an tekad dan memulakan usaha berkenaan.

“Seminggu selepas itu, kami mendapat pelanggan dalam kalangan rakan. Tidak sangka sambutan menggalakk­an, perniagaan mula dikenali. Semakin hari ramai yang memesan untuk hidangan di pejabat atau rumah,” katanya.

Dalam tempoh tiga bulan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia