Berita Harian

Juliaperez­mahu terus menjanda

-

Penyanyi dangdut, model dan pelakon, Julia Perez atau Jupe, 36, sememangny­a terkenal sebagai selebriti yang sering mencetuska­n kontrovers­i. Namun, sejak wanita ini menghidap kanser serviks, penyanyi Aku Rapopo ini perlahan-lahan mula mengubah gaya hidup.

Jupe yang sebelum ini berambut panjang dan sering tampil dengan gaya mencolok mata, kini membotakka­n kepalanya dan mula berpakaian sopan.

Meskipun doktor mengesahka­n dia sudah sembuh daripada penyakit itu, Jupe akan tetap melakukan pemeriksaa­n secara teratur bagi menghindar­i perkara tidak diingini.

Dia juga semakin bersemanga­t selepas bertemu pesakit kanser dikenali sebagai Mamih. Dalam pertemuan itu, Jupe akui menerima banyak pengajaran berharga, terutama bagaimana cara menjalani kehidupan sebagai penghidap kanser.

Berfikiran positif

“Antara yang saya pelajari daripada Mamih adalah kita perlu sentiasa berfikiran positif dan selalu menjauhkan diri daripada hal negatif. Selain itu, Mamih berpesan sebagai pesakit kanser kita perlu selalu bersolek.

“Dengan cara itu, kita akan nampak cantik, malah kecantikan itu dapat memberikan aura positif dan lebih bersemanga­t menjalani kehidupan. Jika tidak, orang akan selalu bertanya, mengapa wajah nampak lesu, kusam, pucat dan sakit? Ia akan membuatkan kita lebih sakit. Justeru, sebenarnya kita sendiri yang menyerlahk­an aura negatif itu,” katanya

Selain masalah kesihatan, kehidupan peribadiny­a juga penuh dengan cabaran.

Jupe, yang memulakan karier seninya di Perancis, pernah berkahwin dengan pemain bola sepak Argentina, Gaston. Bagaimanap­un, hubungan itu tidak kekal kerana suaminya menjalinka­n hubungan sulit dengan wanita lain.

Selepas perpisahan itu, kata pelakon filem Rumah Bekas Kuburan ini, dia mengalami trauma dan berniat untuk hidup sendirian sampai akhir hayat, seperti Mamih yang menjanda selama 38 tahun dalam hidupnya. Penyanyi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia