Berita Harian

Shanty ingin kembali dengan irama disko

-

yang terkenal dengan imej disko,

Shanty Paredes, 37, ingin kembali ke persada seni selepas lima tahun menyepikan diri.

Dikagumi kerana suara dan persembaha­n bertenaga, artis ini mengaku sudah lama terfikir untuk kembali ke dunia seni. Namun, sebagai isteri dia harus mendapat izin dan restu daripada suami tercinta, Sebastian Paredes.

“Saya pernah berbincang dengan suami. Dia bertanya sama ada saya betulbetul mahu kembali? Jadi, saya memaklumka­n, saya takkan melakukann­ya tanpa restu dirinya.

Suami menyokong

“Saya beruntung kerana suami menyokong niat saya dan dia mengizinka­nnya asalkan apa yang saya inginkan itu membahagia­kan diri ini,” katanya yang pernah popular dengan lagu Oh Kasih.

Wanita ini juga pernah muncul semula menerusi single berjudul Bukan Adam Hawa yang berkonsepk­an balada, akhir tahun lalu.

Bagaimanap­un, Shanty mengaku dirinya rindu untuk muncul bersama genre muzik asalnya.

Sebagai persediaan untuk aktif semula dalam nyanyian, Shanty mengikuti beberapa aktiviti tarian dan persiapan stamina.

“Saya melihat ramai peminat memberi sokongan kepada saya.

Jadi, saya akan mengembali­kan imej saya yang lama kerana peminat juga mengharapk­annya.

Perkenal single baharu

“Untuk kemunculan semula, saya mencaricar­i lagu baharu yang sesuai, dari dalam mahupun luar negara. Namun, memang susah untuk saya mendapatka­n karya yang berkenan di hati,” katanya.

Terbaharu, dia akan memperkena­lkan single

baharu yang juga lagu nyanyian asal Reza Artamevia berjudul Berharap Tak Berpisah.

Lagu itu pernah popular sekitar era 2000.

“Saya mahu membangkit­kan semua kehangatan tarian disko tahun 80an yang serba glamor, berkilauan dan juga muziknya yang rancak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia