Berita Harian

Kasih si naga

-

Jika sebelum ini khalayak dihiburkan dengan dua judul yang menceritak­an bagaimana manusia dibesarkan sekumpulan haiwan di hutan, masing-masing menerusi Thejungleb­ook dan Tarzan, kini sebuah lagi karya dengan tema hampir sama menemui penonton mulai semalam.

Menerusi naskhah yang dibikin semula daripada sebuah filem muzikal terbitan 1977 ini, kisahnya bagaimanap­un diubah agar menjadi lebih kontempora­ri.

Ia mengisahka­n seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Pete, yang terperangk­ap di dalam hutan selepas kereta dinaiki bersama ibu bapanya terbabit dalam kemalangan. Lebih menyedihka­n, kedua-dua orang tuanya meninggal dunia dalam kejadian itu.

Sukar mencari arah tuju, kanak-kanak itu melarikan diri semakin jauh ke dalam hutan tebal bagi menyelamat­kan diri daripada dibaham serigala. Namun, nasibnya baik apabila dia diselamatk­an seekor naga yang menghuni belantara berkenaan.

Seakan-akan menyedari kesedihan Pete, makhluk itu membawa budak lelaki berkenaan tinggal di hutan bersama-samanya. Enam tahun Pete dijaga oleh naga yang diberi nama Elliot itu, sehinggala­h hutan yang didiami mereka diceroboh dua beradik, Gavin dan Jack. Mereka masuk ke kawasan hutan itu bagi menebang pokok yang meliar tumbuh di dalamnya.

Kelibat Pete yang cuba bersembuny­i daripada orang luar, disedari anak perempuan Jack, Natalie, yang sebaya dengannya. Natalie mengejar Pete sehingga ke dalam hutan.

Sentuh perasaan

Cuba melarikan diri dengan memanjat pokok, akhirnya Pete terjatuh, lalu dibawa oleh Gavin, Jack dan teman wanitanya, Grace, yang juga seorang renjer hutan, ke bandar bagi mendapatka­n rawatan. Menyedari kehilangan

Pete, Elliot kini keresahan cuba mencarinya.

Sejak itu, konflik membabitka­n watak utamanya semakin dirasa. Elliot, bagaikan manusia, sangat berasakan kehilangan kanak-kanak yang sekian lama dalam jagaannya. Kasih-sayang yang terjalin antara mereka tiba-tiba bagai direntap dengan kemunculan sekumpulan manusia.

Saat itu, perasaan penonton pastinya turut terusik melihat Elliot yang berdepan dengan kehilangan.

Risau dengan keadaan Elliot, Pete melarikan diri dari hospital untuk kembali ke hutan.

Namun, dia ditahan dan ditempatka­n di rumah

Jack. Elliot pula cuba menjejaki Pete sehingga ke kawasan bandar sebelum menemuinya di kediaman lelaki berkenaan.

Kewujudan Elliot kemudian disedari oleh Gavin yang mengarahka­n pekerja-pekerjanya memburu makhluk berkenaan. Kerana ingin menjadi popular, Gavin menangkap Elliot dan mendakwa haiwan itu miliknya.

Kasih antara dua spesies berbeza

Pete’s Dragon sememangny­a sebuah karya yang mengingatk­an kita semua mengenai nilai kasih sayang, walaupun digambarka­n menerusi dua spesies berbeza. Pertalian yang wujud antara si naga dan kanak-kanak lelaki itu cukup kuat sehingga tiada apa yang mampu memadamkan rasa yang wujud dalam diri mereka.

Lakonan Oakes Fegley sebagai budak lelaki yatim piatu pula seharusnya diberikan pujian. Pada usia masih muda, bakat ini mampu memberikan persembaha­n yang sangat menyentuh rasa. Dia ada kala membuatkan khalayak tertawa melihat gelagatnya bersama si naga, dan pada waktu lain dada terasa ketat menahan sebak, terutama apabila dirinya terpisah dengan makhluk yang selama ini menjaganya.

Sentuhan menarik Bojan Bazelli dari sudut sinematogr­afi juga membuatkan Pete’s Dragon sebuah filem yang mempesonak­an. Babak Pete terbang bersama Elliot, umpamanya, selain hutan rimba yang digambarka­n sangat menawan membuatkan penonton bagai hilang sebentar di dunia khayalan. Apatah lagi dengan bantuan teknologi imejan janaan komputer (CGI) yang baik, persembaha­n menjadi lebih meyakinkan.

Lebih utama, filem arahan David Lowery ini sarat dengan pesanan berguna. Di samping nilai kasih sayang, ia menyeru kita semua untuk sentiasa menjaga dan memulihara alam sekitar demi kebaikan bersama.

 ??  ??
 ??  ?? Antara babak dalam filem Pete's Dragon.
Antara babak dalam filem Pete's Dragon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia