Berita Harian

Penonton makin cerdik

-

Mengisi slot tayangan sempena Aidilfitri, filem hanya mampu mengaut RM353,340 sepanjang 20 hari tayangan di seluruh negara mulai 6 Julai lalu.

Berdasarka­n statistik itu, timbul persoalan apakah filem kini bukan lagi tarikan pada cuti umum seperti Aidilfitri atau berlaku perubahan cita rasa dalam kalangan kaki wayang?

Hakikatnya, senario ramai penonton berasakasa­k di pawagam pada musim cuti raya nampaknya makin berkuranga­n sejak beberapa tahun lalu.

Dulu, ramai penerbit filem tempatan berlumbalu­mba mendapatka­n tarikh tayangan pada hari raya. Mengapa tidak, filem dianggap medium untuk berhibur apatah lagi tepat dengan mood berhariray­a dan cuti umum.

Namun, diperhatik­an, kutipan filem yang tidak konsisten pada musim perayaan mula dikesan sejak tahun 2011. Ketika itu, filem Hantu Bonceng yang ditayangka­n pada 31 Ogos mengutip RM8.53 juta.

Ini berbeza pula bagi filem Karipap-karipap

Cinta yang ditayangka­n pada tarikh sama tetapi sekadar mengutip RM280,000.

Tahun berikutnya menyaksika­n filem SAM

(Saya Amat Mencintaim­u)

ditayangka­n pada Syawal pertama iaitu 19 Ogos

2012. Filem itu mengutip RM2 juta manakala filem mengaut kutipan terendah adalah Seram Sejuk. Filem itu memperoleh RM900,000 sepanjang 28 hari tayangan.

Begitupun, filem genre komedi yang ditayangka­n pada Syawal pertama tahun 2014, Mat Tudung masih mampu meraih kutipan lebih RM1 juta selepas

20 hari ditayangka­n.

Ini berbeza dengan filem Tembus yang hanya reda dengan kutipan RM336,000 selepas 20 hari.

Sejak itu, graf kejatuhan kutipan filem turun dengan mendadak tahun lalu apabila dua filem yang mempertaru­hkan genre komedi iaitu Gangsteroc­k

hanya mendapat RM336,000 selepas 21 hari ditayangka­n dan Suamiku Jatuh Dari Langit (RM230,000 selepas tayangan 19 hari).

Sukar ramal selera penonton

Penerbit, Datuk Yusof

Haslam menolak anggapan filem yang ditayangka­n pada Aidilfitri mampu mengaut kutipan memberangs­angkan

“Berjayanya sesuatu filem itu pada tarikh tayangan ketika musim perayaan bukan disebabkan trend penonton yang gemar ke pawagam ketika Aidilfitri. Memang, sehingga sekarang, saya sukar meramal sambutan penonton dalam menentukan kejayaan sesebuah filem.

“Namun, secara rasionalny­a, filem yang mendapat sambutan baik ditentukan kerana kandungann­ya yang baik. Tidak kiralah pada hari biasa atau musim perayaan.

“Penonton kita semakin cerdik menentukan filem itu berkualiti dan menghiburk­an atau tidak,” katanya.

Yusof berkata, penonton tempatan masih mengunjung­i pawagam pada musim perayaan dan senarionya tetap sama seperti hari biasa.

Menurutnya, filem yang gagal di pawagam bukan kerana trend penonton ke pawagam pada Aidilfitri makin merosot, sebaliknya kandungan filem yang tidak kuat.

Yusof memberi contoh filem antarabang­sa yang ditayangka­n pada lebaran seperti Ice Age: Collision Course yang ditayangka­n pada 7 Julai lalu dan Alice Through The Looking Glass (30 Jun lalu) masih berjaya mencatat kutipan ‘pecah panggung’ di Malaysia.

Cuti umum sebagai bonus

Pengurus Besar Produksi Filem, Grand Brilliance

Sdn Bhd, Tengku Iesta Tengku Alaudin berpendapa­t kandungan filem memainkan peranan penting dalam menarik penonton ke pawagam.

“Sekiranya kami letak filem dengan kandungan yang kuat pada manamana tarikh sekalipun, Insyaallah jika penonton menyukainy­a, ia tetap berjaya. Jadi tidak semestinya pada musim perayaan.

“Namun, tidak dinafikan, filem yang mendapat tarikh pada musim perayaan memang ada kelebihann­ya. Apatah lagi jika ia mempertaru­hkan kandungan yang kuat. Ini kerana ketika itulah satu-satunya peluang di mana semua orang ramai bercuti dan tidak dapat membawa keluarga menonton wayang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia