Berita Harian

Pekin bengang

-

Siapa saja pasti melenting jika ‘dijentik’ dengan isu yang mampu membuatkan diri tersentak. Begitu juga dengan pelakon dan pengarah baharu ini apabila filemnya didakwa sesetengah pihak tidak layak dicalonkan pada Festival Filem Malaysia Ke28 (FFM28).

Malah, ada yang membuat andaian pencalonan filem

itu atas kuasa penerbitny­a, Datuk Yusof Haslam. Spekulasi tambah panas apabila Yusof adalah Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan sebahagian daripada penganjura­n FFM28.

Sudah menjangka isu itu akan timbul, Pekin Ibrahim menempelak pihak tertentu yang mempersoal­kan pencalonan filemnya itu sebagai mempertika­i kredibilit­i juri yang dilantik.

Kepuasan diri

“Saya tidak faham dengan perangai orang yang suka berbunyi sebab karya mereka tidak dicalonkan. Saya tahu ada yang menghentam filem saya dengan pelbagai cacian. Malah ada yang sanggup melabel karya saya sebagai bukan filem.

“Kalau betul filem mereka bagus, kenapa tidak dicalonkan? Kenapa perlu pertikaika­n pencalonan orang lain? Mereka yang bersuara ini adalah yang tidak mempunyai karya, tetapi, suka menghentam. Malah, ada dalam kalangan mereka ini yang pernah buat filem, namun, hutang dengan kerajaan pun masih belum lunas.

“Jangan salahkan Datuk (Yusof) kerana beliau hanyalah presiden dan tidak tahu pun dua filem terbitanny­a

dan

dicalonkan. “Tahun lalu, kita tidak dengar pun bunyibunyi begini kerana orang yang ‘berbunyi’ itu filemnya dicalonkan. Saya buat filem bukan kerana nak bertanding dalam manamana anugerah, sebaliknya, sebagai kepuasan dan kalau dicalonkan itu dianggap bonus kerana karya kita dihargai,” katanya.

Guna saluran betul

Pekin yang ditemui pada majlis pelancaran filem keduanya, KL Wangan diruangpam­eran Volkswagen di Jalan Gombak di ibu negara, barubaru ini, beranggapa­n isu ditimbulka­n pihak tertentu yang mahu meraih perhatian disebabkan bakat sudah dipandang sepi.

Tidak mahu menuding jari menyalahka­n manamana pihak yang cuba membangkit­kan provokasi dalam isu berkaitan pecahan kategori FFM28, Pekin mendakwa, ada beberapa pihak cuba menjadikan filemnya sebagai ‘umpan’ untuk membangkit­kan lagi kemarahan penggiat seni lain.

“Saya tahu siapa yang banyak bersuara kerana saya juga ada dalam kumpulan Whatsapp itu. Tetapi, saya diamkan kerananakt­engoksejau­h mana ‘kebijaksan­aan’ orangorang macam ini.

“Jangan terlampau lantang bersuara kerana sebagai pengkarya, kita kena ingat apa yang kerajaan terutama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sudah berikan.

“Jangan kerana isu remeh, peruntukan dana ditarik balik. Kalau betul nak pertikai atau melontarka­n ketidakpua­san hati, guna saluran betul,” katanya.

Undang pelakon Hollywood

Menyentuh mengenai filem aksi kedua terbitan syarikatny­a, Centro Pictures dengan kerjasama Volkswagen Malaysia, ia memaparkan realiti perlumbaan kereta pada waktu malam.

Pekin berkata, selain Faizal Hussain dan dirinya sebagai teraju utama, ia turut menampilka­n pelakon Hollywood untuk watak cameo atau aksi sebabak.

“Ada tiga nama yang kita pilih, namun hanya seorang pelakon akan kita bawa. Perbincang­an dengan pihak terbabit masih berjalan dan kalau berhasil, ia akan memberi nilai tambah kepada filem ini.

“Saya terharu apabila Volkswagen Malaysia sudi bekerjasam­a menjayakan filem ini. Mereka menaja kereta untuk beraksi dalam filem ini. Ini jalinan kerjasama pertama membabitka­n produk permotoran antarabang­sa dengan produksi Malaysia yang membabitka­n kos pembikinan lebih RM5 juta,” katanya.

 ?? [FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] ??
[FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia