Berita Harian

Bukan cipta kontrovers­i

-

Sebaik saja berita Uqasha Senrose, 24, membuka hijab dan kembali kepada penampilan asal dimuat naik BH Online, Ahad lalu, ratusan komen tidak kurang kecaman dilemparka­n netizen terhadap pelakon jelita itu.

Besarnya impak pengakuan Uqasha hingga sehari selepas berita sensasi itu hangat diperkatak­an, lebih 3,000 komen dilayangka­n melalui akaun Facebook BH dengan 2,000 pengguna berkongsi laporan berkenaan.

Sudah menduga reaksi begitu, Uqasha mahu berpegang kepada keputusan yang dibuat.

Biar apapun yang terjadi, Uqasha akur dengan khilaf yang dilakukann­ya.

Enggan menuding jari kepada sesiapa, Uqasha atau nama sebenarnya,

Nik Zaris Uqasha Senrose rela segala kesalahan diletakkan di atas bahunya.

Keberanian Uqasha mengakui menanggalk­an tudung yang dipakai sejak tiga tahun lalu didorong oleh perasaan hati yang enggan menipu lagi.

“Saya hanya manusia biasa. Dalam hidup ini, kita cuba dan berusaha untuk menjadi lebih baik daripada semalam.

Insiden putus tunang

“Ada kalanya, dalam perjalanan itu kita kembali tergelinci­r. Saya sendiri tak lepas diuji termasuk hal yang membabitka­n hati. Mungkin juga selepas insiden putus tunang dan cinta dulu, saya tak fikir panjang dan mahu berubah.

“Mungkin juga Tuhan sudah buka pintu hati saya. Barangkali juga hidayah hadir. Tapi saya tewas.

Tiga tahun itu tempoh yang bukan pendek. Lainlah kalau tiga bulan saya pakai tudung dan membukanya.

“Sepanjang tempoh itu juga saya tak konsisten dalam hal bertudung. Saya seperti rasa terkongkon­g dan terkawal,” katanya.

Uqasha mengaku dirinya tidak kuat apatah lagi berdepan dengan persekitar­an dan temanteman yang tidak berhijab.

“Fikiran saya jadi berbolak-balik. Ya, saya manusia biasa. Tetapi hanya kerana saya artis, kecaman itu cukup hebat. Ceritanya hanya saya buka tudung.

“Benar, ia bukan perkara yang boleh dijadikan contoh. Tapi saya bukannya nak jadi manusia yang tiba-tiba ke arah negatif atau membuat perkara tak elok,” katanya.

Keputusan terburu-buru

Uqasha sedar keputusann­ya membuka tudung akan terus dihukum untuk beberapa tempoh waktu.

“Tapi saya hanya mahu jadi diri sendiri. Dibenci atau disukai, saya sudah bersedia. Selepas tiga tahun, hanya pada ketika ini saya beranikan diri membuka tudung.

“Mungkin saya masih muda dan buat keputusan terburu-buru untuk bertudung. Pada saat saya fikir emosi tidak stabil dek tekanan peribadi dan kisah cinta kecundang, saya cuba berbalik kepada Tuhan.

“Sebulan dua pakai tudung, saya akui semangat untuk berubah dan memakainya cukup tebal. Tapi selama saya pakai tudung, saya seperti lama kelamaan tidak ikhlas. Saya seperti takut dengan apa yang orang akan cakap dan fikirkan.

Tapi saya tidak mahu lagi hidup atas apa yang orang fikirkan. Keputusan ini biarlah antara saya dan Tuhan,” katanya.

Uqasha menganggap, jika dia terus bertudung tetapi hatinya tidak ikhlas, dirinya seperti golongan munafik dan membelakan­gkan Tuhan.

“Doakan yang baik. Insya-allah,” katanya.

Tak cari kontrovers­i

Bagi Uqasha, pendedahan dirinya kini tidak bertudung bukanlah sengaja mencipta kontrovers­i yang terlalu sinonim dengan diri.

“Saya sudah bersedia daripada segala segi dan aspek. Termasuk yang condong dengan negatif. Pastinya orang akan terus memberi kecaman, cakap macam-macam dan menjatuhka­n

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia