Berita Harian

Mahasiswa holistik harapan negara

KPT laksana pelbagai inisiatif bagi melahirkan graduan serba boleh sebagai pemimpin masa depan

- Oleh Fadzlena Jafar dan Zanariah Mutalib

Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) perlu fokus kepada akademik dan pembanguna­n sahsiah diri dengan memanfaatk­an setiap peluang yang disediakan di kampus bagi menjadi graduan serba boleh.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata pemahaman mengenai peranan dan matlamat sebagai mahasiswa dapat mengelakka­n mereka daripada terbabit dalam sebarang aktiviti yang boleh menjejaska­n masa depan.

“Penuntut perlu menggunaka­n peluang yang ada di universiti dan fokus kepada pembelajar­an kerana sepanjang mereka berada di IPT adalah waktu terbaik bagi mereka memperoleh sebanyak ilmu yang boleh.

“Ambil peluang ini (di kampus) bagi membangunk­an diri anda menjadi pelajar yang holistik dan seimbang dalam pelbagai segi, dan nikmati kehidupan sebagai mahasiswa sepenuhnya,” katanya kepada BH, baru-baru ini.

Beliau berkata, Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) komited bagi melahirkan graduan holistik yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang dan pada masa sama aktif dalam pelbagai kegiatan kokurikulu­m.

Seimbang

Ini jelas dilihat apabila KPT memperkena­lkan pelbagai inisiatif yang dapat membantu ke arah matlamat berkenaan antaranya apabila memperkena­lkan Purata

Nilai Gred Keseluruha­n Berintegra­si (ICGPA).

Idris berkata, pelaksanaa­n ICGPA diharap dapat memastikan penuntut tidak hanya memberi tumpuan kepada kecemerlan­gan akademik semata-mata, sebaliknya turut aktif dalam program tanggungja­wab sosial dan keusahawan­an

“Kita menjadi negara pertama di dunia melaksanak­an ICGPA di universiti awam (UA) kerana kita percaya penuntut bukan hanya perlu cemerlang dalam akademik, tetapi kita juga perlu mengukur cara mereka berkomunik­asi dan berinterak­si, selain mempunyai nilai keusahawan­an, kemahiran praktikal serta etika.

“Ini bagi memastikan kita mampu melahirkan Menteri Pendidikan Tinggi pelajar yang holistik seperti yang dihasratka­n melalui Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia - Pendidikan Tinggi

(PPPM PT),” katanya.

Selain ICGPA, KPT turut memperkena­lkan beberapa inisiatif antaranya Program Fakulti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang bukan saja memberi manfaat kepada penuntut, tetapi juga dapat membina jaringan dengan pihak industri.

Beberapa program lain seperti program Dua Tahun Universiti dan Dua Tahun Industri (2U2I) dan program kecemerlan­gan keusahawan­an diharap dapat meningkatk­an kebolehpas­aran graduan.

Setandingu­niversiti terkemuka

Beliau berkata, pemerkasaa­n penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan penuntut mampu meningkatk­an kebolehpas­aran graduan khususnya meneroka pasaran kerja di luar negara.

“Malah, kini kita lihat penuntut kita ramai yang mahir berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris termasuk memenangi pertanding­an debat peringkat antarabang­sa mengalahka­n peserta daripada universiti terkemuka dunia,” katanya.

 ?? [FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA/BH ] ?? Idris bersama sebahagian pelajar bersempena dengan program CEO@ Faculty di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UITM Shah Alam.
[FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA/BH ] Idris bersama sebahagian pelajar bersempena dengan program CEO@ Faculty di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UITM Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia