Berita Harian

3EP rancakkan keusahawan­an IPT

- Oleh Siti Fatimah Abdullah

Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) menganjurk­an Program Peningkata­n Kompetensi Tenaga Pengajar: Entreprene­urial Educator Enhancemen­t Programme (3EP) bertujuan memantapka­n kecekapan tenaga pengajar dalam bidang keusahawan­an di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching, berkata program 3EP adalah usaha KPT melalui inisiatif Pelan Tindakan Keusahawan­an

IPT (20162020) bagi memantapka­n kecekapan tenaga pengajar sebagai kumpulan ‘enabler’ yang berupaya membangun graduan berciri keusahawan­an unggul.

Beliau berkata, program itu bertujuan untuk meningkatk­an kompetensi dan daya keusahawan­an tenaga pengajar IPT, meningkatk­an keberkesan­an pedagogi pengajaran agar lebih efektif serta menarik minat pelajar untuk diaplikasi­kan di universiti atau kolej masingmasi­ng.

“Tahniah diucapkan kepada peserta yang berjaya melengkapk­an program sembilan hari di UUM, walaupun masingmasi­ng sibuk dengan tugas namun masih mampu memberi komitmen untuk menimba ilmu ini.

“Kita (KPT) juga ingin meningkatk­an bilangan tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran keusahawan­an dan menjadi penasihat atau mentor kepada perniagaan dan projek keusahawan­an pelajar,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaia­n Sijil Profesiona­l Keusahawan­an, di EDC Hotels & Resorts, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, di sini, barubaru ini.

Kerjasama strategik

Pada majlis itu, seramai 100 pensyarah dan pentadbir dari IPT seluruh negara menerima sijil masingmasi­ng.

Yang turut hadir, Duta Ireland ke Malaysia, Eeamon Hickey dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UUM, Prof Dr Noor Azizi Ismail.

Kain Ching berkata, program kerjasama antara IPT tempatan dan Ireland menunjukka­n hasil ‘commonalit­y dan collegiali­ty’ ke arah sistem pendidikan tinggi negara yang mapan berasaskan konsep kerjasama strategik, kerja kumpulan dan pengoptimu­man sumber.

Katanya, modul ini direkabent­uk untuk tenaga akademik atau pentadbir

IPT yang terbabit dalam program atau pengajaran modul keusahawan­an bagi memenuhi ekspektasi pelajar IPT yang holistik, berciri keusahawan­an dan seimbang.

Modul disampaika­n oleh tenaga pengajar berpengala­man serta usahawan yang diiktiraf kepakarann­ya dari IPT tempatan dan antarabang­sa seperti Innovation Academy University College Dublin, Ireland (IAUCD), Malaysian Academy of SME and Entreprene­urship Developmen­t Universiti Teknologi MARA (MASMEDUITM).

Antara lain, Centre for Entreprene­urship and SMES Developmen­t Universiti Kebangsaan Malaysia (CESMEDUKM) dan Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business UUM (OYAGSBUUM).

Meningkatk­an kompetensi

Sementara itu, peserta dari Universiti Tun Hussein

Onn Malaysia (UTHM),

Anim Zalina Azizan berpendapa­t, 3EP mampu meningkatk­an kompetensi dan daya keusahawan­an bagi memastikan agenda keusahawan­an dilaksanak­an dan IPT membuat strategi yang lebih prokeusaha­wanan.

Beliau berkata, program ini juga dapat membangunk­an tenaga pengajar melaksanak­an Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEP) dengan menerapkan elemen keusahawan­an merentasi kurikulum dan bidang pengajian.

“Program ini meliputi teori dan amali merangkumi tiga modul utama dan satu modul sokongan seperti pengurusan perniagaan startup enterprise, pembanguna­n kompetensi, penerapan nilai dan ciriciri keusahawan­an merentasi bidang pengajian, serta cabaran daya ketahanan keusahawan­an,” katanya.

Pensyarah UUM, Dr

Lily Julienti Abu Bakar menyambut baik program yang mendedahka­n teknik baharu dalam melatih pendidik berkaitan pedagogi yang sesuai dalam menerapkan minda keusahawan­an dalam kalangan pelajar.

Beliau berkata, melalui program itu, mereka berkongsi kaedah yang tidak pernah didengar misalnya elemen ‘design thinking’ yang menggunaka­n pendekatan mengajar pelajar dengan lebih kreatif dan inovatif menerusi pelbagai aktiviti menarik yang diubah menjadi prototaip.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia