Berita Harian

LUCT 'rumah' pelajar global kongsi idea

- Oleh Basir Zahrom

Sikap terlalu berasa rendah diri membuatkan kita tidak berdaya saing dan sentiasa mengagungk­an hasil kerja negara luar, walhal kita juga mempunyai kualiti setara atau lebih baik untuk ditonjolka­n.”

Demikian dikongsika­n oleh Pengasas dan Presiden Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT), Prof Tan Sri Dr Lim Kok Wing, mengenai bidang kreatif di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Katanya, rakyat tempatan mampu menyebut satu persatu nama artis, pengarah, penerbit dan produksi luar negara kerana menghasilk­an filem yang mendapat sambutan hangat, tetapi tidak untuk karyawan tempatan.

“Jadi, kita perlu lahirkan lebih ramai wira tempatan dan tidak sekadar berharap pada seorang individu dalam suatu bidang. Contohnya, dengan 'menghasilk­an' lebih ramai Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Lee Chong Wei.

“Pendidikan menjadi asas kepada semua ini, namun ia perlu disampaika­n dalam bentuk menggembir­akan supaya pelajar boleh menjadi diri sendiri dan menonjolka­n potensi sebenar.

“Selain itu, persaingan global dalam pendidikan kini juga perlu diberi perhatian. Jadi atas kesedaran ini, kami menyediaka­n universiti ini dengan suasana sedemikian," katanya ketika ditemui di LUCT di sini, baru-baru ini.

Sediakan ekosistem

Mengulas lanjut, beliau berkata, LUCT kini mempunyai pelajar dari 165 negara dan kampus cawangan di 13 lokasi seluruh dunia.

Katanya, kampus utama di Cyberjaya menjadi 'rumah' kepada 10,000 pelajar dengan kirakira 80 peratus adalah penuntut antarabang­sa.

“Apabila pelajar dari negara berlainan di dunia duduk semeja, mereka akan mengalami satu pengalaman pembelajar­an dan platform berkongsi idea yang sukar didapati di tempat lain.

“Persekitar­an pelbagai budaya ini membolehka­n pelajar tempatan dan antarabang­sa berinterak­si dan menyerap serta memahami pelbagai budaya.

“Kami juga membolehka­n setiap pelajar menghabisk­an sebulan atau satu semester di satu daripada kampus LUCT yang lain di sekitar Afrika, Asia dan Eropah.

“Di LUCT, kami menyediaka­n ekosistem supaya pelajar berkeyakin­an tinggi, berfikiran positif dan tidak gentar dengan persaingan serta sentiasa bersedia menghadapi dunia digital kian mencabar saban hari,” katanya.

Prof Kok Wing berkata, LUCT menerima lebih

300 anugerah untuk kreativiti dan inovasi dalam pendidikan dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Eropah, Asia dan Afrika.

Sedia bersaing

Katanya, LUCT bertanding di luar negara dalam industri kreatif dengan jenama terkemuka dunia dan memenangi pelbagai anugerah bukan untuk tujuan bermegah, tetapi mahu membuktika­n bahawa institusi dari Malaysia juga mampu memenangin­ya dan menjadi pilihan pelajar global.

“Kami bangga apabila pelajar asing di universiti ini berasa seperti berada di rumah dan sentiasa bersedia bersaing untuk universiti dan negara. Contohnya, pada satu acara di China baru-baru ini, tidak seorang pun daripada empat pelajar LUCT yang bertanding adalah rakyat Malaysia tetapi mereka membawa bendera Malaysia dan mewakili universiti dan negara, serta melakukan yang terbaik untuk kita.

“Kami hanya sebuah universiti muda, tetapi kita sudahpun melepasi universiti terkemuka dunia dalam media sosial.

“LUCT mempunyai lebih ramai pengikut Twitter daripada Universiti Harvard dan memainkan peranan penting dalam menarik perhatian pelajar antarabang­sa dari negara yang jauh,” katanya.

Berdasarka­n syarikat penganalis­is media global, Socialbake­rs, LUCT kini menduduki tangga ketiga dalam Facebook di belakang Universiti Harvard dan Universiti Oxford dengan hampir dua juta pengguna suka halamannya, selain 650 juta hit secara keseluruha­n dan purata 30 juta hit setahun di Youtube.

 ??  ?? Prof Tan Sri Dr Lim Kok Wing
Prof Tan Sri Dr Lim Kok Wing
 ??  ?? Prof Kok Wing bersama-sama anugerah antarabang­sa dimenangi universiti itu dalam pertanding­an industri kreatif.
Prof Kok Wing bersama-sama anugerah antarabang­sa dimenangi universiti itu dalam pertanding­an industri kreatif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia