Berita Harian

UUM terima 4,114 pelajar baharu

- Oleh Noorazura Abdul Rahman

Seramai 4,114 pelajar baharu mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM), Ahad lalu membabitka­n 36 program pengajian pada peringkat Sarjana Muda bagi sesi akademik 2016/2017.

Pelajar terbabit terdiri daripada lulusan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM), Diploma Matrikulas­i dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang memilih untuk melanjutka­n pengajian di universiti pengurusan.

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Seri Mohamed Mustafa Ishak, berkata kemasukan calon pada tahun ini mencatat peningkata­n jumlah Purata Markah Keseluruha­n (PMK) sebanyak 3.52 berbanding 3.5 tahun lalu iaitu antara 3.01 hingga 3.96.

“Tiga program mencatatka­n purata PMK kemasukan tertinggi antaranya Sarjana Muda Perakaunan (Teknologi Maklumat) dengan Kepujian 3.96, diikuti Sarjana Muda Perakaunan dengan

Kepujian serta Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian.

“Selain itu, seramai 381 pelajar antarabang­sa dari 18 negara turut ditawarkan pengajian peringkat pada peringkat Sarjana Muda,” katanya ketika ditemui sempena dengan sesi pendaftara­n pelajar baharu UUM, di sini.

Kemasukan tinggi bagi ketigatiga program itu membuktika­n program ditawarkan UUM bermutu dan mendapat pilihan utama lebihlebih lagi dengan kejayaan UUM menerima akreditasi berprestij daripada The Associatio­n to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB), barubaru ini.

Dengan pendaftara­n pelajar baharu itu menjadikan jumlah keseluruha­n pelajar prasiswaza­h UUM 25,122 orang, manakala 6,291 lagi pelajar pascasiswa­zah.

Dominasi pelajar wanita

Menariknya, kemasukan pelajar baharu itu didominasi 70 peratus atau 3,153 pelajar wanita, manakala hanya 961 pelajar lelaki.

Prof Mohamed Mustafa percaya status UUM yang terkenal dalam bidang pengurusan menarik lebih ramai wanita untuk melanjutka­n pengajian di universiti berkenaan berbanding lelaki yang cenderung memilih kursus berasaskan teknikal dan kejurutera­an.

“Selain status sebagai universiti yang sinonim dengan program pengajian berasaskan pengurusan, faktor pencapaian pelajar wanita yang lebih ramai cemerlang dalam peperiksaa­n utama seperti STPM dan STAM turut mendorong peningkata­n jumlah pelajar wanita yang mendaftar pada sesi ini.

“Saya beranggapa­n pelajar lelaki lebih ramai atau cenderung untuk melanjutka­n pengajian di universiti yang menawarkan pengajian teknikal dan kejurutera­an, berbanding wanita yang lebih sinonim dengan kursus pengurusan,” katanya

Kemudahan kondusif

Di samping itu, pada tahun ini juga UUM menerima 10 pelajar baharu berstatus orang kurang upaya (OKU) iaitu jumlah paling ramai diterima sejak lima tahun lalu.

Prof Mohamed Mustafa berkata, penambahba­ikan pelbagai kemudahan yang mesra OKU di UUM menjadi faktor ramai penuntut daripada golongan berkenaan memilih UUM sebagai pusat pengajian.

“Saya percaya ini berikutan inisiatif universiti yang menyediaka­n kemudahan mesra OKU seperti bilik, tandas dan pengangkut­an van bagi memudahkan pergerakan mereka semasa di kampus.

“Kita turut mempunyai laluan khas kepada pelajar OKU terutama yang menggunaka­n kerusi roda dan untuk keseluruha­n kita sudah mempunyai lebih 20 pelajar OKU,” katanya.

Bantu pelajar

Beliau berkata, pihaknya dalam masa sama turut menawarkan bantuan kepada pelajar miskin yang tidak mampu untuk membiayai pengajian di universiti itu selepas mendapat tawaran.

“UUM ada beberapa kes pelajar yang kurang berkemampu­an yang menghubung­i kita kerana masalah kewangan, jadi kita minta mereka datang daftar dahulu dan akan bantu pelajar terbabit untuk dapatkan bantuan kewangan daripada Jabatan Zakat.

“Kita juga akan pertimbang­kan penguranga­n yuran pengajian, asrama dan pengangkut­an kepada mereka, kami tidak mahu pelajar terbabit terbeban ketika belajar sehingga terpaksa ikat perut,” katanya.

Beliau dalam masa sama meminta pelajar yang kurang kemampuan tampil kepada pihak UUM agar pihaknya dapat membuat bancian bagi membantu meringanka­n beban pelajar terbabit.

 ?? [FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/ BH] ?? Prof Mohamed Mustafa (kanan) beramah mesra dengan pelajar baharu di Dewan Penginapan Pelajar Petronas (UUM), Sintok.
[FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/ BH] Prof Mohamed Mustafa (kanan) beramah mesra dengan pelajar baharu di Dewan Penginapan Pelajar Petronas (UUM), Sintok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia