Berita Harian

Gigih kejar kejayaan

-

Sintok: Walaupun menyedari dirinya serba kekurangan, Muhammad Farid Anuar, 21, yang mengalami kecacatan saraf sejak kecil tidak pernah menjadikan kekurangan dirinya sebagai penghalang untuk maju seperti insan lain yang normal.

Sebaliknya, anak sulung daripada empat beradik itu sentiasa menganggap dirinya sempurna dan boleh berdikari tanpa perlu membebanka­n orang lain.

Muhammad Farid adalah antara 10 pelajar orang kurang upaya (OKU) yang menjadi sebahagian daripada 4,114 yang mendaftar sebagai pelajar baharu di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, semalam.

Beliau yang menyambung pelajaran dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Acara, mengakui bercitacit­a menjadi pakar sejarah dan tidak akan sesekali membiarkan keadaan dirinya menjadi penghalang untuk terus mengejar impiannya itu.

“Pada saya individu cerdik pandai tidak semestinya fokus kepada satu bidang sahaja kerana negara memerlukan lebih ramai profesiona­l yang turut pakar dalam pelbagai bidang.

“Mungkin selepas tamat pengajian ini, saya akan sambung pengajian dalam jurusan sejarah, yang penting sekarang saya perlu cemerlang dalam jurusan pengurusan ini dulu,” kata anak kepada seorang anggota polis di

Ibu Pejabat Polis (IPD)

Johor Bahru Selatan itu.

Tingkat semangat

Berkongsi pandangan sama, R Thendabani, 20, yang cacat saraf kaki dan tangan, selain masalah pertuturan yang kurang jelas, berkata kekurangan diri menjadikan beliau lebih bersemanga­t menghadapi segala cabaran.

Bercitacit­a menjadi pakar dalam kejurutera­an perisian, beliau yang menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Maklumat mengakui menjadikan

Bill Gates sebagai idolanya untuk terus bersemanga­t mengejar citacitany­a.

“Kekurangan bukan batasan, saya akan berusaha walaupun saya tidak mampu menulis atau mencatat apa yang pensyarah ajar, sebaliknya saya akan rakam semua menggunaka­n telefon bimbit.

“Saya perlu usaha dua kali ganda berbanding pelajar normal, tetapi saya percaya asalkan ada kemahuan segalanya akan jadi mudah,” katanya yang berasal dari Sungai Abong di Muar, Johor.

Ubah nasib keluarga

Sementara itu, pelajar

Orang Asli, Wa Yuhana

A/P Bah Ngah, 20, berkata beliau mahu mengubah nasib keluargany­a dengan menjadi pensyarah kerja sosial suatu hari nanti dan tidak mahu lagi bapanya, Bah Ngah Bah Mat, 49, terus menjadi penoreh getah.

“Saya akan terus belajar sehingga peringkat tertinggi iaitu Doktor Falsafah (PHD) dalam Pengurusan Kerja Sosial.

“Saya anak kelima daripada enam beradik dan hanya saya sahaja yang belajar sehingga ke universiti, justeru saya perlu berusaha untuk ubah nasib keluarga,” katanya yang juga antara tiga pelajar Orang Asli dipilih menyambung pelajaran di UUM.

 ??  ?? R Thendabani
R Thendabani
 ??  ?? Wa Yuhana A/P Bah Ngah
Wa Yuhana A/P Bah Ngah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia