Berita Harian

USIM perkenal program dwiijazah

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memperkena­lkan program dwiijazah kepada pelajar baharu sesi 2016/2017 yang membolehka­n mereka memperoleh dua ijazah dalam tempoh pengajian selama lima tahun.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) USIM, Prof Dr Zulkiple Abd Ghani, berkata menerusi program itu, pelajar terbabit berpeluang mendapat ijazah pertama selepas dua tahun pengajian, manakala ijazah kedua pula tiga tahun seterusnya.

Ketika ini, beliau berkata, tiga program dwiijazah ialah Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Sarjana Muda Quran dan Sunnah; Ijazah Sarjana Muda Sains (Bioteknolo­gi Makanan) dengan Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa; serta Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan Sarjana Muda Quran dan Sunnah.

“Program dwiijazah dilihat sebagai keperluan kini kerana memberi peluang mahasiswa memperoleh ilmu agama dan pada masa sama menguasai bidang profesiona­l,” katanya selepas meninjau proses pendaftara­n pelajar baharu peringkat ijazah sarjana muda sesi 2016/2017 di Dewan Canselori USIM di sini.

Amat teruja

Bagaimanap­un, Prof Zulkiple berkata, peluang itu hanya terbuka kepada mereka yang berminat dan memiliki kelayakan akademik cemerlang selepas tahun kedua.

Beliau berkata, pihaknya juga berhasrat menambah jumlah program dwiijazah pada masa depan kerana yakin akan mendapat sambutan.

Bagi sesi ini, katanya, seramai 2,067 pelajar mendaftar di USIM membabitka­n 577 lelaki dan 1,490

perempuan, termasuk sembilan penuntut antarabang­sa dari Thailand, Singapura, Brunei, Indonesia dan Nigeria.

Sementara itu, Muhammad Hadri Idris, 19, dari Ampang mengaku amat teruja berpeluang melanjutka­n pelajaran dalam bidang perakaunan di USIM.

Anak ketiga daripada empat adik-beradik itu berkata, beliau sebelum ini mengikuti program Tamhidi USIM sesi 2015/2016 selama setahun.

Banggakan keluarga

“Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita menjadi akauntan. Saya berhasrat menyambung pengajian di luar negara dalam bidang sama selepas menamatkan pengajian di USIM,” katanya.

Ainun Najihah Abu Sarin, 19, dari Muadzam Shah, Pahang, pula bersyukur kerana dapat mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbira­n Muamalat di USIM dan berazam membanggak­an keluarga.

“Ketika mahu membuat permohonan menyambung pengajian, arwah bapa meminta saya membuat keputusan terbaik demi masa depan.

“Saya masih mengingati kata-kata arwah dan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh serta tidak menghampak­an harapan keluarga,” katanya.

 ??  ?? Prof Dr Zulkiple Abd Ghani
Prof Dr Zulkiple Abd Ghani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia