Berita Harian

Kolej PTPL teruskan legasi kecemerlan­gan

- Oleh Nor Azma Laila

Sepanjang lebih 30 tahun penubuhan, Kumpulan Kolej PTPL melakar pelbagai pencapaian cukup membanggak­an seluruh warganya.

Penawaran pelbagai program pengajian berkualiti dan relevan dengan kehendak industri, selain bertunjang­kan visi dan misi untuk menjadi institusi pilihan, berjaya melahirkan graduan dilengkapi kemahiran insaniah serta kompeten.

Keunggulan Kolej PTPL dalam sektor pendidikan tinggi terserlah apabila menjadi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) pertama menerima akreditasi daripada Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang kini dikenali sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Melalui akreditasi, program ditawarkan bukan sahaja dijamin berkualiti dan diiktiraf, malah setanding program di universiti awam (UA).

Kumpulan Kolej PTPL sudah melahirkan lebih 16,000 graduan dengan lebih 95 peratus memulakan kerjaya masing-masing dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian.

Naik taraf

Kolej PTPL terus membuktika­n kecemerlan­gan apabila dipelawa Kementeria­n Pendidikan Tinggi untuk menubuhkan Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (KUTPM), iaitu kolej universiti swasta pertama di Malaysia pada Julai 2001 yang kemudian dinaik taraf sebagai universiti penuh dengan nama Management & Science University (MSU) pada Oktober 2007.

Institusi collegiate kepada MSU itu turut menerima penarafan enam bintang dalam pelbagai kategori melalui Malaysian Quality Assessment

System for Private Colleges (Myquest) 2014/2015.

Penjenamaa­n semula

Selaras Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 dan perkembang­an MSU sebagai antara universiti terbaik di Malaysia, Kumpulan Kolej PTPL secara rasminya akan dijenamaka­n semula.

Ini sekali gus akan menjadi pemangkin untuk terus menyumbang kepada kecemerlan­gan bidang pendidikan tinggi negara.

 ??  ?? Presiden, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid (tengah), bersama-sama warga institusi pendidikan itu.
Presiden, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid (tengah), bersama-sama warga institusi pendidikan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia