Berita Harian

Graduan UNIMAP catat kebolehpas­aran tinggi

- Oleh Muhammad Mustakim Ramli

Status kebolehpas­aran graduan yang tinggi menjadikan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) antara universiti awam (UA) pilihan, khususnya dalam bidang berasaskan kejurutera­an dan teknologi.

Berdasarka­n rekod, lebih 89.52 peratus pelajar UNIMAP mendapat pekerjaan selepas graduasi, sekali gus meletakkan universiti itu pada kedudukan ketiga mencatat peratusan tertinggi walaupun baru berusia 14 tahun.

UNIMAP yang diterajui Naib

Canselor, Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal, kini mengorak langkah memacu ke arah sasaran berada dalam kelompok 500 universiti terbaik dunia menjelang tahun 2020.

Prof Zul Azhar berkata, pelbagai usaha dilakukan UNIMAP untuk memastikan sasaran itu dapat dicapai, termasuk membina kolej kediaman ditadbir dengan konsep lestari.

Kampus lestari

“Kolej Kediaman Tun Abdul Razak yang mampu menampung 4,000 pelajar, ada 12 blok kediaman empat tingkat, selain 16 rumah untuk orang kurang upaya (OKU).

“Kampus lestari ini antara lain bertujuan menambah baik keberkesan­an penggunaan tenaga, memelihara sumber dan meningkatk­an kualiti persekitar­an,” katanya.

Beliau berkata, dalam era pendidikan semakin maju dan mengambil kira kepentinga­n penggunaan internet dalam kalangan pelajar, UNIMAP menaik taraf capaian saiz jalur lebar di universiti itu.

“Naik taraf ini membolehka­n warga UNIMAP menikmati capaian saiz jalur lebar lebih tinggi, iaitu 200 Mbps berbanding hanya 8Mbps sebelum ini,” katanya.

Mengulas kemasukan pelajar baharu, beliau berkata, seramai

2,050 pelajar terdiri daripada 916 lelaki dan 1,134 perempuan mendaftar bagi sidang akademik 2016/2017.

Graduan berkualiti

Katanya, kemasukan pelajar baharu untuk mengikuti 38 program pengajian itu atas kepercayaa­n terhadap kemampuan universiti berkenaan melahirkan graduan berkualiti.

“Berdasarka­n maklum balas pada hari pendaftara­n, ibu bapa memilih universiti yang bukan sahaja dapat memberi pendidikan terbaik kepada anak mereka, malah kebolehpas­aran pelajar apabila tamat pengajian kelak.

“Kebolehpas­aran pelajar sejak tahun lalu menunjukka­n peratusan memberangs­angkan dan kita percaya perkara itu antara faktor pelajar memilih UNIMAP sebagai destinasi melanjutka­n pengajian masingmasi­ng,” katanya.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed

Faizuddin Putra Jamalullai­l yang juga Canselor UNIMAP bersama-sama Raja

Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul

Shahreen Akashah Khalil merangkap Pro Canselor UNIMAP berkenan menyempurn­akan simbolik penerimaan pelajar baharu di Dewan Kecemerlan­gan UNIMAP di Kampus Pauh Putra.

Prof Zul Azhar berkata, pada sesi pendaftara­n pelajar baharu, UNIMAP turut menjalin kerjasama dengan Bank Mualamat Malaysia Berhad (BMMB) bagi memperkena­lkan Unidebit Kad Bank Muamalat untuk pelajar.

 ??  ?? Tuanku Syed Faizuddin (empat dari kiri) bersama-sama Tuanku Lailatul Shahreen Akashah (lima dari kiri) berkenan menerima replika Unidebit Kad Bank Muamalat yang diperkenal­kan sempena pendaftara­n pelajar baharu di UNIMAP.
Tuanku Syed Faizuddin (empat dari kiri) bersama-sama Tuanku Lailatul Shahreen Akashah (lima dari kiri) berkenan menerima replika Unidebit Kad Bank Muamalat yang diperkenal­kan sempena pendaftara­n pelajar baharu di UNIMAP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia