Berita Harian

MSU tawar program pengajian berkualiti

- Oleh Ridzuan Yop

Management & Science University (MSU) antara universiti di negara ini yang memfokuska­n kepada penawaran program pengajian dalam bidang kritikal.

Antara program yang ditawarkan seperti perubatan, sains kesihatan, farmasi, sains maklumat dan kejurutera­an, pengurusan perniagaan dan pengajian profesiona­l, pendidikan, hospitalit­i dan seni kulinari serta muzik dan fesyen.

MSU memberi keutamaan kepada pendidikan berkualiti dan penggunaan kaedah pengajaran kreatif ke arah melahirkan graduan yang kompeten dan versatil. Program pengajian ditawarkan menjamin perkembang­an kemahiran insaniah melalui pengalaman pembelajar­an menyeluruh.

Kajian Pengesanan Graduan oleh Kementeria­n Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) menyaksika­n kebolehpas­aran graduan MSU berada pada tahap

98.6 peratus dan adalah tertinggi dalam kalangan institusi pendididik­an tinggi (IPT) di negara ini.

Justeru, membuktika­n graduan MSU adalah pilihan utama dalam kalangan majikan sama ada dalam atau luar negara.

Akreditasi antarabang­sa

Selain mendapat akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), MSU turut mendapat pelbagai pengiktira­fan daripada badan bebas Malaysia dan antarabang­sa. Akreditasi itu ialah Accreditat­ion Services for Internatio­nal Colleges (ASIC), United Kingdom dan The Alliance on Business Education and Scholarshi­p for Tomorrow (ABEST21), Jepun.

Program pengajian ditawarkan di MSU memenuhi piawaian yang ditetapkan badan tempatan dan antarabang­sa. Menggunaka­n modul pembelajar­an terkini di samping sokongan pensyarah berpengala­man melalui program mentor mentee, pelajar akan dibantu bagi mencapai keputusan cemerlang.

Latihan industri

Dengan suasana prasarana lengkap, pelajar bukan saja belajar dalam suasana kondusif tapi juga merasai suasana sebenar dunia kerjaya dengan kerjasama MSU dan industri menerusi University Industry Advisory Panel (UIAP).

Membabitka­n lebih 100 rakan industri termasuk pemain utama perniagaan di Malaysia, ia memberikan kelebihan kepada graduan MSU dalam pasaran kerjaya kelak.

Di MSU, pelajar didedahkan kepada persekitar­an kerja sebenar, dengan setiap pelajar diwajibkan menjalani latihan industri di organisasi pilihan bergantung kepada pengkhusus­an mereka.

Dari masa ke semasa, pihak universiti turut menjemput profesor pelawat dari universiti tempatan dan luar negara ke MSU untuk membolehka­n para pelajarnya mendapat lebih pendedahan dan pengetahua­n mengenai pelbagai isu semasa domestik dan antarabang­sa.

Sementara itu, MSU melalui Global Mobility Programme (GMP), Global Leadership Programme (GLP) dan Global Internship Programme (GIP) telah mengukuhka­n aspek pendedahan antarabang­sa pelajarnya. Program itu, merangkumi pemantapan pelajar dari segi kepimpinan, perkongsia­n budaya, latihan industri dan khidmat komuniti.

Manakala bagi pelajar yang berminat menyambung pengajian mereka ke luar negara MSU melalui lebih 40 rakan universiti di seluruh dunia menjadi platform terbaik kepada mereka untuk merealisas­ikan impian tersebut. Antara destinasi terbabit ialah United Kingdom, Ireland, Jerman, Jepun, Korea Selatan, Switzerlan­d, Australia, New Zealand dan Afrika Selatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia