Berita Harian

Inovasi Sosial@umt fokus pembanguna­n komuniti

-

dan minat kepada sains, meningkatk­an kecemerlan­gan akademik serta membentuk sahsiah dan mengubah pemikiran bahawa pendidikan tinggi mampu mengubah nasib keluarga.

Tingkatkan kualiti hidup

Antara projek memberi impak besar kepada komuniti adalah program Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) UMT, Kem Bahasa Inggeris serta Kem Kecemerlan­gan Akademik. Hasil program ini mencungkil minat anakanak komuniti B40 kepada sains, di samping peningkata­n pencapaian akademik pelajar. Pendedahan itu juga membolehka­n pelajar berani berbahasa Inggeris dan impak terbesar adalah peningkata­n Gred Purata Murid melebihi 80 peratus.

Impak program dilaksanak­an bukan saja membantu meningkatk­an kualiti hidup komuniti melalui pendidikan lebih baik, malah membabitka­n kemahiran teknikal serta kemahiran keusahawan­an yang menjadi aset kepada komuniti bagi menambah pendapatan isi rumah yang seterusnya mampu membawa mereka keluar daripada kancah kemiskinan.

Walaupun fokus sebenar projek inovasi sosial adalah penjanaan pendapatan bagi jangka masa panjang, aktiviti melalui proses pemindahan ilmu dilaksanak­an bawah program Inovasi Sosial@umt juga sebenarnya mampu membantu komuniti meningkatk­an ilmu dari segi pengurusan kewangan, peningkata­n motivasi diri, malah memberi impak dalam mengurangk­an kos sara hidup.

Sehubungan itu, penambahba­ikan program dan projek yang dilaksanak­an bukan saja memberi manfaat kepada masyarakat, tetapi juga meningkatk­an keupayaan jati diri individu melalui kerjasama pelbagai pihak dalam ekosistem inovasi. Kejayaan sesebuah program inovasi sosial adalah menyaksika­n pembabitan kerjasama erat ramai pihak, iaitu individu, komuniti, kerajaan, pertubuhan dan syarikat swasta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia