Berita Harian

UPSI tawar 2,437 tempat

- Oleh Ihsan Noorzali

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan tempat pengajian kepada 2,437 pelajar bersempena dengan pendaftara­n kemasukan lepasan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM), matrikulas­i dan diploma di universiti awam (UA) seluruh negara bagi ambilan sesi 2016/2017.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UPSI, Prof Dr Mohamad Sahandri Gani Hamzah, berkata pelajar terbabit akan mengikuti pengajian dalam 40 program ijazah sarjana muda.

Beliau berkata, program pengajian itu membabitka­n 25 program pendidikan dan 15 program bukan pendidikan di sembilan fakulti universiti berkenaan.

Fakulti itu ialah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Fakulti Sains Kemanusiaa­n, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulati­han, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Fakulti Sains dan Matematik, Fakulti Muzik dan Seni Persembaha­n, Fakulti Pendidikan dan Pembanguna­n Manusia, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif serta Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

Melakar perjalanan

“Saya mengucapka­n tahniah kepada calon yang berjaya dan keluarga mereka kerana memilih UPSI sebagai tempat menimba ilmu bagi membina dan melakar perjalanan masa depan,” katanya.

Mahasiswa baharu mendaftar dan menginap di semua kolej kediaman di Kampus Sultan Azlan Shah, iaitu Kolej Harun Aminurrash­id (KHAR), Kolej Ungku Omar (KUO), Kolej Aminuddin Baki (KAB) dan Kolej Za’ba (KZ).

Sebelum mengikuti kuliah, Prof Mohamad Sahandri Gani berkata, pelajar terbabit diwajibkan menjalani minggu orientasi hingga 1 September depan yang diisi dengan slot taklimat oleh beberapa bahagian penting universiti seperti Jabatan Bendahari, Pusat ICT, Perpustaka­an Tuanku Bainun dan Pusat Kokurikulu­m, selain pihak pengurusan kolej kediaman.

“Saya menasihati pelajar supaya memfokus kepada matlamat menuntut ilmu dan membina kemahiran sahsiah yang cemerlang serta mengharumk­an nama dan imej universiti melalui pelbagai kegiatan seperti sukan, kesenian, pasukan beruniform serta aktiviti anjuran fakulti dan kolej kediaman,” katanya.

Pelajar pascasiswa­zah

UPSI kini mempunyai kirakira 20,000 pelajar ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PHD) dari dalam dan luar negara, termasuk Uzbekistan, Bangladesh, Iraq, Indonesia, Namibia, Thailand, Australia, Filipina, Brunei, Thailand, China dan Korea Selatan.

Bagi kemasukan September ini, UPSI menerima enam pelajar Bangladesh dan tiga dari China, manakala program mobiliti membabitka­n 19 pelajar China.

“Adalah membanggak­an UPSI apabila berlaku peningkata­n 200 peratus kuantiti pelajar pascasiswa­zah kepada seramai 4,000 pelajar dari dalam dan luar negara,” katanya.

 ?? [FOTO IHSAN NOORZALI] ?? Pendaftara­n pelajar baharu UPSI di KZ juga berjalan lancar.
[FOTO IHSAN NOORZALI] Pendaftara­n pelajar baharu UPSI di KZ juga berjalan lancar.
 ??  ?? Antara kemudahan dewan disediakan di kolej kediaman.
Antara kemudahan dewan disediakan di kolej kediaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia