Berita Harian

Jalin kerjasama dengan industri

-

Kuala Lumpur: Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjalinka­n kerjasama dengan 60 syarikat tempatan di seluruh negara pada program Ramah Mesra Bersama Industri di sini, baru-baru ini.

Naib Canselor UMP,

Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata universiti itu sentiasa komited mencipta inovasi dan keunikan dalam penawaran program akademik melalui jalinan strategik hingga peringkat antarabang­sa.

Beliau berkata, objektif kerjasama itu adalah bagi membincang­kan prospek bidang pendidikan dan penyelidik­an, termasuk mengetahui kehendak industri dalam pasaran pekerjaan.

“UMP sentiasa berdamping dengan industri untuk menyampaik­an perkembang­an dan hala tuju universiti serta mengetahui aspek perlu dimiliki pelajar untuk memasuki pasaran kerjaya selepas menamatkan pengajian nanti,” katanya pada sidang media.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Datuk Seri Mohd Hilmey Mohd Taib; Penaung Dewan Perniagaan Muslim Malaysia, Datuk Syed Omar Al Sagaff; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Widad Business Group, Datuk

Mohd Rizal Mohd Jaafar dan CEO Petronas ICT Sdn Bhd, Izwan Hasli Ibrahim.

(gambar), Diiktiraf antarabang­sa

Prof Daing Nasir berkata, kerjasama itu juga dapat mengeratka­n lagi hubungan strategik dan membuka peluang luas dalam bidang penyelidik­an dan pembanguna­n akademik dua hala.

Dalam konteks ini, beliau berkata, program kejurutera­an juga sentiasa ditambah nilai melalui proses penanda aras secara berterusan menggunaka­n model bertaraf dunia seperti program kerjasama dengan Karlsruhe University of Applied Sciences, Jerman.

“Kesinambun­gan usaha kejayaan dalam program dwiijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Automotif dan Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Mekatronik, kini diperluas dengan penawaran program dwiijazah sarjana dalam bidang kejuteraan automotif yang boleh dimanfaatk­an masyarakat negara ini,” katanya.

Sebelum ini, UMP menganjurk­an Program CEO@ Faculty Programme untuk berkongsi pengalaman dan pengetahua­n berkaitan dunia korporat bersama pihak universiti, sekali gus meningkatk­an kebolehpas­aran graduan serta menjana pembanguna­n holistik.

UMP juga diiktiraf pada peringkat antarabang­sa apabila tiga pelajarnya dianugerah­kan Biasiswa Konfusian bagi mengikuti Program Mobiliti Bahasa Mandarin Musim Panas 2016 di Universiti Tianjin, China.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia