Berita Harian

UMP perkenal Mygift untuk kebajikan siswa

- Oleh Mimi Rabita Abdul Wahit

Mahasiswa baharu program diploma dan ijazah sarjana muda Universiti Malaysia Pahang (UMP) Sesi 2016/2017 berpeluang memohon biasiswa universiti itu yang diperkenal­kan tahun ini.

Naib Canselor UMP,

Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim, berkata mahasiswa yang memenuhi kriteria kelayakan asas dan khusus ditetapkan universiti layak memohon dan menerima bantuan yuran pengajian.

Untuk kali pertama, beliau berkata, Lembaga Pemegang Amanah Mygift UMP bersetuju meluluskan skim biasiswa sebanyak RM400,000 bagi mahasiswa baharu dengan latar belakang keluarga miskin tetapi memiliki keputusan cemerlang supaya dapat meneruskan pengajian di universiti itu.

“Melalui inisiatif Mygift, satu skim insentif pendidikan bernilai RM1,000 seorang juga diluluskan untuk membantu 10 mahasiswa baharu yang menghadapi masalah kewangan.

“Bantuan ini akan disaring pada peringkat Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni supaya mahasiswa baharu yang menghadapi masalah kewangan mendesak, boleh menyediaka­n keperluan berkaitan untuk memulakan pengajian di sini,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Platform ampuh

Biasiswa itu ialah sebahagian daripada Insentif Skim Bantuan Pendidikan Mygift diperkenal­kan UMP dalam usaha menjadi universiti komuniti dengan dana dikumpul hasil sumbangan mana-mana pihak bagi menyalurka­n endowmen untuk tujuan penajaan pelajaran, penyediaan kemudahan kepada pelajar dan membudayak­an semangat membantu golongan memerlukan.

Prof Daing Nasir berkata, Pelan Strategik UMP 20162020 menyentuh aspek Kelestaria­n Kewangan sebagai antara Bidang Keberhasil­an Utama Universiti dan Lonjakan Strategik yang kritikal untuk UMP.

Beliau berkata, pengurusan UMP melihat bahawa sumber kewangan dan kekayaan baharu perlu diteroka sendiri oleh pihak universiti demi manfaat kelestaria­nnya dalam jangka panjang.

“Dalam konteks sektor pendidikan tinggi global, endowmen sejak sekian lama adalah satu bentuk dana kewangan dan rizab aset diagregasi­kan sesebuah universiti untuk menyokong serta membiayai misi pendidikan secara konsisten melalui sumber diperoleh daripada penyumbang individu dan korporat.

“Pencapaian nilai endowmen sedemikian tidaklah mampu direalisas­ikan dalam tempoh singkat tetapi satu platform ampuh bagi tujuan itu perlu diletakkan lebih awal ketika universiti ini masih berada dalam fasa perkembang­an,” katanya.

Golf amal

Prof Daing Nasir berkata, beliau menghargai komitmen warga dan sokongan setiap jabatan serta fakulti UMP untuk memudah cara penyaluran sumbangan kepada Endowmen Biasiswa Pelajar bawah Mygift yang berjaya mengumpulk­an RM1.8 juta bagi membantu pelajar menghadapi masalah kewangan.

Melalui sinergi semua pihak di UMP dan komitmen dermawan, beliau yakin program lain yang sudah dimulakan untuk kebajikan mahasiswa seperti Kongsi Rezeki, Food For All, kupon makanan dan pengagihan zakat, dapat terus dilestarik­an.

Menyemarak­kan lagi usaha itu, UMP bakal menganjurk­an Kejohanan Golf Amal pada 3 September di Glenmarie Golf &

Country Club, Selangor, diikuti 17 September depan di Mahkota Golf & Country Club, Pahang, bagi mengumpul dana Mygift.

“Kami berbesar hati menjemput semua pemain golf tempatan dan antarabang­sa, alumni UMP, pemimpin sektor awam dan korporat serta orang ramai untuk menyokong tujuan murni ini dengan mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

“Setiap penyertaan dikenakan yuran, iaitu RM3,000 seorang dan RM10,000 bagi satu flight. Yuran dikutip itu nanti akan menjadi dana bagi membantu pelajar miskin dan kurang berkemampu­an,” katanya.

Dalam pada itu, majlis pelancaran Mygift UMP dan pengurniaa­n biasiswa universiti berkenaan akan disempurna­kan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, di Hotel Mandarin Oriental di sini, 1 Oktober depan.

 ??  ?? Prof Daing Nasir bersama pelajar yang menerima Insentif Skim Bantuan Pendidikan Mygift UMP.
Prof Daing Nasir bersama pelajar yang menerima Insentif Skim Bantuan Pendidikan Mygift UMP.
 ??  ?? Prof Daing Nasir bersama-sama ketua jabatan UMP pada Majlis Apresiasi Mygift yang diadakan baru-baru ini.
Prof Daing Nasir bersama-sama ketua jabatan UMP pada Majlis Apresiasi Mygift yang diadakan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia