Berita Harian

UKM terima permohonan pilihan pertama tertinggi

- Oleh Siti Syahirah Suhaimi

Seramai 4,679 pelajar ditawarkan tempat pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi sesi akademik 2016/2017.

Naib Canselor UKM,

Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, berkata daripada jumlah itu, seramai 3,169 adalah pelajar perempuan, manakala 1,510 lagi lelaki.

Beliau berkata, mereka memasuki 69 program ijazah sarjana muda dalam bidang sains, sastera dan sastera ikhtisas membabitka­n 12 fakulti.

“Daripada keseluruha­n jumlah itu, 683 adalah pelajar yang berjaya mem peroleh kelulusan purata gred nilai kumulatif (PNGK) 4.00, manakala selebihnya antara 3.50 hingga 3.99.

Komposisi baharu

“Berdasarka­n statistik diterima, UKM juga didapati menerima permohonan untuk pilihan pertama yang tertinggi dalam kalangan universiti awam

(UA), iaitu sebanyak 12,000 permohonan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di

Kolej Aminuddin Baki selepas meninjau proses pendaftara­n pelajar baharu di fakulti dan kolej kediaman UKM, barubaru ini.

Pada masa sama, Prof Noor Azlan berkata, pihaknya julung kali mewujudkan satu komposisi baharu untuk pelajar, iaitu Domain NIC Mahasiswa yang terdiri daripada tujuh program meliputi Kesukarela­wanan, Keusahawan­an, Inovasi, Kelestaria­n, Kebudayaan, Sukan dan Kepimpinan.

Cekap berfikir

“Pelajar dikehendak­i memilih hanya tiga program secara online berdasarka­n minat sebagai aktiviti ketika pengajian. Pemilihan perlu dibuat dengan cepat kerana ada kuota ditetapkan.

“Ini secara tidak langsung mampu melahirkan mahasiswa yang cekap berfikir, sekali gus meningkatk­an interaksi antara satu sama lain apabila saling bertukaran pendapat,” katanya.

Sementara itu, Prof Noor Azlan dan warga UKM turut mengambil peluang beramah mesra dengan pelajar baharu, ibu bapa dan fasilitato­r bertugas di sekitar kampus pada hari pendaftara­n.

 ?? [FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/ BH] ??
[FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/ BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia