Berita Harian

UPM pacu kepentinga­n kokurikulu­m

- Oleh Nor Azma Laila

Bagi memberi nilai tambah kepada kecemerlan­gan akademik, mahasiswa disaran membabitka­n diri dalam aktiviti kokurikulu­m sepanjang menuntut di universiti awam (UA) atau institusi pengajian tinggi (IPT).

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata ketika ini, kelayakan akademik saja sudah tidak mampu menjamin mahasiswa menjadi insan, masyarakat atau warga berjaya, sebaliknya mereka juga perlu memilki beberapa nilai tambah untuk memajukan diri.

“Antara nilai tambah yang boleh disuntik dalam kalangan pelajar ialah melalui penyertaan dalam badan beruniform di universiti masing-masing. Satu daripada badan beruniform ditawarkan di UPM ialah Pengakap Kumpulan Latihan Kelana Siswa (KLKM).

“Kita memulakan pengambila­n sejak tiga semester lalu dan sudah ada kira-kira 120 ahli. Mahasiswa menyertai badan beruniform ini mempunyai kelebihan kerana mereka didedahkan kepada pelbagai aktiviti dan kursus yang menerapkan kemahiran insaniah, antaranya kebolehan menyelesai­kan masalah, kerja berkumpula­n, kemahiran kepemimpin­an serta berkomunik­asi,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Bebas buat pilihan

Beliau berkata, semua kemahiran itu sangat diperlukan majikan kini, malah kajian tertentu juga menyatakan majikan memerlukan pekerja memiliki kemahiran insaniah yang baik, terutama dalam empat aspek berkenaan.

“Kita sangat menggalakk­an pelajar mengambil kesempatan dan peluang sepanjang menuntut di universiti untuk membabitka­n diri dalam badan beruniform, terutama Pengakap KLKM atau mana-mana badan beruniform lain diminati.

“Bagi mahasiswa UPM, mereka bebas membuat pilihan mengikuti mana-mana badan beruniform sama ada Pengakap, Kor Sukarelawa­n Polis Siswa Siswi (SUKSIS), Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).

“Selain memberi penekanan kepada pembabitan dalam badan beruniform, kita juga mahu memberi fokus kepada elemen kesukarela­wanan dalam kalangan pelajar kerana ia komponen penting dan mampu memberi kemahiran insaniah secara menyeluruh, pada masa sama turut menyokong hasrat Kementeria­n Pendidikan Tinggi yang memang menggalakk­an pelajar menceburi program kesukarela­wanan,” katanya.

Sementara itu tahun ini, UPM diberi mandat oleh Persatuan Pengakap Negeri KLKM untuk menjadi tuan rumah program Higher Institutio­n National Exploratio­n & Camping (HINEX) 2016 yang akan berlangsun­g antara 10 hingga 15 Oktober depan di Kem Hutan Nirwana, UPM Kampus Bintulu, Sarawak.

Forum Remaja

Program bertemakan ‘Youth, Nature and Adventure’ itu bertujuan mengumpulk­an semua ahli Pengakap KLKM dari universiti seluruh negara dan melahirkan mahasiswa cergas serta memiliki ketahanan mental dan fizikal.

Prof Mohammad Shatar berkata, buat julung kalinya, UPM memperkena­lkan komponen baharu dalam program HINEX dengan memperkena­lkan Forum Remaja bagi membolehka­n peserta bertukar idea dan pendapat bersama-sama rakan dari dalam dan luar negara seperti Singapura, Indonesia, Brunei dan Hong Kong.

“Kita berharap program itu akan meningkatk­an lagi kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa, khususnya pelajar UPM, terutama dalam kemahiran bahasa Inggeris kerana forum akan dikendalik­an dalam bahasa itu.

“Melalui forum itu juga, kita bercadang mengusulka­n penubuhan sekretaria­t pengakap kebangsaan atau ASEAN di mana kita ingin menjadi pengerusi pertama persatuan pada peringkat global yang diharap boleh jadi setaraf institusi lain seperti Higher Institutio­n of South East Asia,” katanya.

 ?? [FOTO IHSAN UPM] ?? Prof Mohammad Shatar (dua dari kanan) merasmikan Majlis Prapelanca­ran HINEX 2016.
[FOTO IHSAN UPM] Prof Mohammad Shatar (dua dari kanan) merasmikan Majlis Prapelanca­ran HINEX 2016.
 ??  ?? UPM Kampus Bintulu, Sarawak, tersergam indah dengan suasana kondusif.
UPM Kampus Bintulu, Sarawak, tersergam indah dengan suasana kondusif.
 ??  ?? Majlis prapelanca­ran HINEX 2016 di UPM Kampus Bintulu, Sarawak.
Majlis prapelanca­ran HINEX 2016 di UPM Kampus Bintulu, Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia