Berita Harian

UTM hasilkan bakat global

- Oleh Basir Zahrom

Institusi pengajian tinggi (IPT) memainkan peranan penting dalam sektor pembanguna­n modal insan sejak sebelum merdeka dengan melahirkan ramai graduan yang kini giat membantu usaha memajukan negara.

Bagaimanap­un, cabaran mengisi kemerdekaa­n lebih besar dari sebelumnya, justeru banyak IPT dengan fungsi berbeza ditubuhkan dengan tujuan memperkasa pendidikan tinggi negara bagi memenuhi agenda pembanguna­n negara yang digariskan kerajaan.

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar, berkata generasi terdahulu sudah menyediaka­n asas kukuh melahirkan graduan dan profesiona­l dalam kalangan rakyat tempatan, namun ia perlu terus diperkukuh terutama apabila mendepani cabaran baharu.

Katanya, bakat adalah sumber kekuatan ekonomi paling bernilai dalam dunia penuh persaingan kini bukan hanya di dalam negara, malah pada peringkat global.

“Jika sebelum merdeka, kita menghasilk­an teknokrat yang mampu membina negara secara fizikal seperti bangunan, jambatan dan kereta, tetapi kini keperluann­ya berbeza.

Senario lebih besar

“Oleh itu, kita perlu mengadapta­si dengan melahirkan bakat lebih kental dan boleh hidup dalam keadaan serba mencabar dari segi persekitar­an teknologi dan dunia digital serta sumber semakin sedikit.

“Konsep pendidikan pada peringkat tinggi masih sama, iaitu melahirkan manusia berilmu tetapi peranannya lebih besar. Jika dulu kita melahirkan profesiona­l pada peringkat diploma dan ijazah pertama, kini lebih kepada pascasiswa­zah apabila keperluann­ya bertambah besar mengikut perubahan zaman.

“Di UTM, saya selalu mengingatk­an semua warga universiti bahawa dalam pendidikan, kita perlu melihat senario lebih besar, iaitu bagi menyambung ketamaduna­n bangsa dan memastikan negara mempunyai daya saing serta survival dengan bakat dimiliki,” katanya ketika ditemui di Balai Berita di sini, barubaru ini.

Mengulas lanjut, Prof Wahid berkata, ekosistem di IPT mampu membantu pelajar sekiranya mereka menggunaka­n sepenuhnya suasana kondusif di kampus dan bergaul dengan penuntut dari pelbagai negara, seterusnya membina minda global.

Katanya, pelajar IPT perlu mengambil peluang dengan kehadiran ramai pelajar antarabang­sa di IPT tempatan bagi memperkuku­hkan keupayaan mereka bersaing pada peringkat global.

Pengalaman hidup menyeluruh

“Di UTM, kami mempromosi­kan pengalaman kehidupan menyeluruh di kampus kepada semua pelajar, termasuk 3,000 pelajar asing, justeru kami meraikan kepelbagai­an dalam pendidikan di kampus dan percaya ia akan membina nilai yang baik dalam kalangan mereka.

“Kami meraikan sambutan hari kemerdekaa­n tanah air pelajar asing dari lebih 70 negara sambil dihadiri duta atau wakil masingmasi­ng. Ini akan memberi pendedahan baik untuk semua pelajar UTM saling memahami dan seterusnya diaplikasi­kan dalam pekerjaan dan kehidupan mereka kelak.

“Kesan terhadap pembelajar­an juga penting supaya hasrat melahirkan pelajar seimbang tercapai, bukan hanya menguasai bidang pengajian sendiri tetapi juga mempunyai nilai tambah sebagai warga global yang baik,” katanya.

Prof Wahid berkata, kini definisi patriotism­e juga perlu dilihat bukan sekadar dari aspek perpaduan dan cintakan negara, seba liknya lebih luas dengan menjadi warga dunia yang mengambil kira kesejahter­aan negara dan sejagat.

Kerjasama semua pihak

“Tidak semestinya graduan kita yang bekerja di luar negara tidak patriotik kerana pengekspor­tan tenaga kerja ke pasaran antarabang­sa sebenarnya sudah lama dilakukan negara lain.

“Jika kita mahu menyerap mereka ke dalam pasaran tempatan, ekosistemn­ya perlu menarik, terutama membabitka­n gaji dan persekitar­an.

“Oleh itu dalam konteks pelajar, UTM mempunyai Program 5 Trek Kecemerlan­gan (5 ETP), manakala peringkat nasional pula acuan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 20152025 untuk melahirkan pelajar seimbang seperti digariskan dalam lonjakan pertama pelan itu.

“Kami akan terus berperanan mendidik, namun usaha membentuk masyarakat madani dan mendepani cabaran semakin hebat memerlukan kerjasama semua pihak dari proses awal pendidikan sehingga mereka kembali menabur bakti kepada masyarakat,” katanya.

 ??  ?? UTM membina generasi yang memiliki daya saing hingga ke peringkat antarabang­sa.
UTM membina generasi yang memiliki daya saing hingga ke peringkat antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia