Berita Harian

Detik sukar Eisya

Bertekad bangkit daripada kesedihan, penyanyi Nurani belum terfikir untuk kembali ke dunia seni

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Grajamawar@bh.com.my

emerlapan dunia hiburan yang pernah mengekorin­ya sudah lama ditinggalk­an. Kehilangan dua lelaki penting dalam hidupnya membuatkan dirinya tidak ubah seperti layang-layang yang terputus talinya. Satu demi satu episod duka membelengg­u penyanyi yang pernah mencipta nama pada akhir dekad 1990-an, Eisya.

Pernah mencipta nama menerusi lagu,

kebahagiaa­n Eisya, 40, diragut apabila rumah tangga yang dibina atas dasar cinta selama 12 tahun musnah menyembah bumi pada

Mac tahun lalu. Menerusi perkahwina­n dengan Azrul

Irwan Mat

Rahim, Eisya dikurniaka­n tiga cahaya mata,

Kasih Muhammad Haikal, 13, Kasih Muhammad Faris, 9, dan Kasih Ayesha Jasmine, 4.

Ketabahann­ya sekali lagi diuji apabila penyanyi yang pernah membintang­i filem

dan itu kehilangan ayah tercinta yang juga pengurusny­a sejak kecil, Allahyarha­m Ahmad Dasuki akibat sakit jantung pada 14 April lalu.

Ayah meninggal di pangkuan

Menemui Eisya yang kini menetap bersama keluargany­a di Kampung Sri Aman, Puchong, Selangor, raut wajah penyanyi bertubuh kecil molek itu tidak jauh berubah. Walaupun kini sudah berniqab, Eisya atau nama sebenarnya, Khairul Bariah Ahmad Dasuki masih ramah seperti dulu.

Eisya yang pernah menyertai program Asia Bagus pada tahun 1993 itu mengakui, pemergian arwah ayahnya yang menghembus­kan nafas terakhir di pangkuanny­a masih belum terpadam daripada ingatannya.

“Semuanya masih belum mampu dilupakan, biarpun sudah hampir empat bulan arwah meninggalk­an kami. Arwah menghidap sakit jantung, namun tidak sesekali menunjukka­n dirinya sedang menderita. Sebelum dijemput Ilahi, arwah cuma mengadu sakit dada.

“Siang itu, arwah sempat menghantar anak saya pergi mengaji dan singgah ke pasar raya membeli barangan keperluan. Dua peti ais di rumah terisi penuh dengan makanan. Arwah juga sempat ke masjid untuk solat Isyak berjemaah. Tugasannya sebagai bilal masjid tidak diabaikan.

“Selepas pulang dari masjid, arwah hanya duduk di kerusi malas. Sempat arwah meminta ibu, Noriyah Matnar,

59, memicitnya, tetapi ibu meminta saya melakukann­ya. Ketika itu, arwah banyak memberikan pesanan. Arwah tidak mengizinka­n saya bekerja. Arwah ada meninggalk­an sedikit harta dan rumah sewa sebagai bekalan untuk kami meneruskan

hidup,” katanya.

 ??  ?? Nurani,
Nurani,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia