Berita Harian

RM200 INSENTIF IMIGRESEN

4,000 penguat kuasa jabatan itu akan terima bayaran bulanan tidak lama lagi

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Seramai 4,000 penguat kuasa Jabatan Imigresen, bakal menerima Bayaran Insentif Penguat Kuasa sebanyak RM200 sebulan, tidak lama lagi.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata kerajaan sebelum ini meluluskan bayaran insentif penguasa Imigresen, penolong penguasa Imigresen serta Pegawai Imigresen Gred 54 dan ke bawah, yang bertugas di lapangan dan depot Imigresen.

Selain itu, katanya, pemberian insentif itu keputusan kerajaan dalam memenuhi tuntutan Kesatuan Perkhidmat­an Imigresen Semenanjun­g Malaysia (KPISM) supaya penguat kuasa jabatan itu diberi elaun seperti agensi penguat kuasa yang lain.

“Saya menyaranka­n supaya Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) menyegerak­an pembayaran insentif itu kepada mereka yang layak,” katanya selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Transforma­si Minda dan Kursus Asas Pegawai Imigresen Siri 2/2016 di Akademi Imigresen Malaysia di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Seramai 200 pegawai Gred KP19 berjaya menamatkan latihan selama tujuh minggu di akademi itu.

Layak jadi pengarah negeri

Sementara itu, Ali berkata, Pegawai Jabatan Imigresen diberi peluang memegang jawatan pengarah pada peringkat negeri yang sebelum ini dipegang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).

“Untuk kebajikan penjawat awam Jabatan Imigresen jika selama ini kita lihat pengarah negeri ada jawatan tertentu dipegang oleh PTD maka sekarang kalau ada pegawai Imigresen yang berkelayak­an dari Skim KP (Skim Perkhidmat­an Pegawai Keselamata­n) ini juga layak menjadi pengarah pada peringkat negeri.

“Kita akan mulakan proses ini dan KDN serta Jabatan Imigresen akan syorkan nama pegawai yang sesuai untuk menerajui peringkat negeri,” katanya.

Kaji waktu bekerja 6 jam

Dalam perkembang­an lain, mengenai cadangan waktu bekerja selama enam jam seperti yang dilaporkan media elektronik baru-baru ini, Ali berkata kerajaan akan mengkaji mengenai keperluann­ya.

“Kita akan melihat dan mengkaji mengenainy­a, sekarang kalau kita lihat di UTC dan beberapa agensi tertentu khususnya yang ada giliran 14 jam tetapi kita dah bahagikan kepada dua iaitu tujuh jam, jadi kita perlu lihat mengapa perlu enam ini. Selain itu ada juga cadangan bekerja di rumah untuk skim tertentu, ini juga kita akan kaji,” katanya.

 ?? [FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] ?? Ali Hamsa beramah mesra dengan pegawai pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Transforma­si Minda dan Kursus Asas Pegawai Imigresen Siri 2/2016 di Port Dickson, semalam.
[FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] Ali Hamsa beramah mesra dengan pegawai pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Transforma­si Minda dan Kursus Asas Pegawai Imigresen Siri 2/2016 di Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia