Berita Harian

Kembara Musafir Haji tiba di Dubai

Anggota ekspedisi tunggu kebenaran memasuki Makkah

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin

Ekspedisi Kembara Musafir Haji, yang dilepaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di perkaranga­n Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pada 29 Julai lalu tiba di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.

EXCO Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Briged Kesatria Muda Malaysia, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, ekspedisi disertai lima penunggang motosikal itu hanya menunggu kebenaran memasuki Arab Saudi.

Yakin konvoi sampai seperti ditetapkan

Katanya, pihaknya yakin konvoi diketuai bekas juara Kejuaraan Cub Prix Malaysia, Wazi Abdul Hamid, 45, akan sampai di Makkah enam hari sebelum wukuf di Arafah seperti ditetapkan.

“Mereka dah sampai Dubai dan sedang menunggu kebenaran untuk meneruskan perjalanan ke tanah suci Makkah. Insya-allah akan sampai dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Briged Kesatria Muda Malaysia adalah penyelaras program itu, selain Yayasan Kemajuan Usahawan Malaysia (YAKUM).

Kembara sejauh 13,500 Kilometer (km) mengambil masa antara 35 hingga 40 hari, merentasi Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran, Jordan, UAE dan Arab Saudi.

Selain Wazi, empat lagi peserta adalah Meor Azhar Meor Raflan, 43, Napiah Mat Noor, 50, Othman Darus, 49, dan Azman Baharuddin, 52.

Peserta menggunaka­n motosikal kapcai jenama tempatan, Modenas 130cc iaitu GT128 edisi Harimau Malaya.

 ??  ??
 ??  ?? Peserta Ekspedisi Kembara Musafir Haji, sebelum bergerak ke Dubai. Ride to Hajj 2016 di bandar Sharjah,uae
Peserta Ekspedisi Kembara Musafir Haji, sebelum bergerak ke Dubai. Ride to Hajj 2016 di bandar Sharjah,uae
 ??  ?? Wazi (tengah) bersama peserta konvoi (dari kiri) Meor Azhar Raflan, Azman Baharuddin, Napiah Mat Noor dan Othman Darus sebelum majlis pelepasan konvoi di Kuala Lumpur.
Wazi (tengah) bersama peserta konvoi (dari kiri) Meor Azhar Raflan, Azman Baharuddin, Napiah Mat Noor dan Othman Darus sebelum majlis pelepasan konvoi di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia